Apabila duduk di rumah dan juga berada di hadapan komputer pada waktu yang lama, pastinya anda akan mencari sesuatu yang memberi kesegaran supaya anda lebih bertenaga dan bersemangat. Dan antara yang paling mudah anda snek.
Menurut data yang dikongsikan Mondelez sebelum ini, 66% individu mengambil makanan ringan kerana ia adalah ganjaran selepas penat bekerja. Manakala, 60% individu pula snacking disebabkan oleh rasa tekanan sewaktu melakukan kerja.

Tidak terlepas juga mungkin anda mempunyai mentaliti “makan snek untuk alas perut” atau “saya perlukan snek untuk kekal fokus” yang mana boleh menjadi pendorong tabiat snacking.
Jadinya, untuk memastikan anda kekal sihat di samping mendapat tenaga sewaktu menikmati snek, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda 7 jenis snek petang yang boleh anda ambil sewaktu bekerja dan menonton drama pada waktu petang.
Buah kering dan kacang
Sekiranya anda mencari makanan ringan yang sihat dan mudah disediakan, maka anda boleh mengambil buah kering dan kacang sewaktu tempoh makan snek anda.
Berikut adalah beberapa kombo buah dan kacang yang lazat:
- kacang mangga kering dan macadamia
- ceri kering dan badam masin
- kismis dan walnut
- aprikot kering dan kacang pecan atau badam
Pastikan anda memilih buah kering yang tanpa gula atau manis secara semula jadi serta tidak menggunakan sulfur dioksida dan pengawet.

Badam dan coklat
Coklat gelap sangat sesuai ketika anda menginginkan snek manis selepas hari yang panjang dan memenatkan.
Oleh itu, dapatkan coklat gelap dengan badam dan simpannya sebagai stok di dapur anda. Gabungan coklat dan badam menghasilkan protein bersama serat dan lemak sihat yang mana ia membantu membuatkan anda merasa kenyang lebih lama.
Snek berasaskan kacang
Kacang adalah makanan yang paling sesuai untuk dicari ketika anda merasa lapar dan memerlukan sumber tenaga yang cepat. Hal ini kerana, kacang dibekalkan dengan serat dan protein berasaskan tumbuhan dan memberikan tenaga jangka panjang kepada tubuh anda.

Espresso dan overnight oat
Sekiranya anda lebih suka menikmati kafein anda, maka anda boleh bereksperimen dengan resipi lazat yang mencampurkan espresso bersama overnight oat.
Mudah sahaja, anda hanya perlu menyediakan snek ini setiap kali sebelum tidur dan simpannya semalaman di peti sejuk, dan kemudiannya anda boleh menikmatinya pada keesokkan hari.
Untuk pengetahuan anda, espresso bersama overnight oat menawarkan serat, lemak sihat dan protein yang baik untuk tubuh. Tambahan, ia mengandungi espresso, jadi pasti memberi anda tenaga yang anda diperlukan.
Telur rebus atau telur separuh masak
Telur rebus menawarkan kadar protein serta vitamin yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan tenaga, seperti thiamin, riboflavin, folat, B12, dan B6.
Malah, versi rebus juga mudah untuk disediakan dan disimpan di dapur. Untuk lebih sedap, anda boleh menghidangkannya bersama roti bijirin penuh.
Keledek goreng ala fries
Ini adalah salah satu hidangan yang digemari penulis. Cara mudah untuk mendapatkan keledek goreng ini adalah anda memotong keledek saiz batonnet atau julliene.
Kemudian, gaulkan bersama tepung dan biarkan ia masa di dalam air fryer. Jangan lupa juga untuk semburkan sedikit minyak pada keledek sebelum mula memanggang pada suhu 200 darjah Celsius. Anda juga boleh menggunakan kuali inginkan hasil yang lebih rapuh dan rangup.

Bertih Jagung
Akhir sekali, anda juga boleh mendpaatkan bertih jagung untuk snek petang anda. Sebenarnya, bertih jagung adalah makanan ringan yang sihat. Ia kerana ia diperbuat dari biji gandum dan biji-bijian serat tinggi.
Namun, sewaktu penyediaan bertih jagung juga, elakkan meletakkan terlalu banyak garam, mentega, dan gula kerana ia adalah penyebab mengapa bertih jagung sering dikategorikan sebagai makanan ringan yang tidak sihat.
Walau apapun jenis snek yang anda ambil sewaktu makan petang dan sebagainya, adalah penting untuk anda perlu menjaga kuantiti pengambilan dan setiasa rujuk dengan pakar nutrisi akan kesan pengambilan snek yang berlebihan kepada diri anda.