Carian
Asal Usul Pergerakan 10,000 Langkah Sehari – Bermula Di Jepun?
September 15, 2021 Lina Rosli

Tahukah anda, menurut Guinness World Records, jarak paling jauh yang pernah dilalui seseorang adalah sejauh 228.9km hanya dalam masa 24 jam? Namun, ia bukanlah suatu galakan untuk anda berjalan dan bergerak pada jarak yang terlalu jauh.

Berdasarkan saranan dari pakar kesihatan, setiap individu berjalan sekurang-kurangnya sebanyak 10,000 langkah yang mana bersama 8km yang juga boleh dilakukan dalam masa sekitar satu hingga satu jam setengah.

Namun, ia juga bergantung kepada tahap kelajuan dan kebesaran langkah ketika anda berjalan.


Mengapa Anda Perlu Bergerak Dan Berjalan 10,000 Langkah?

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa jumlah pergerakan harian adalah 10,000 langkah? Dan dari mana penanda itu berasal?

Jadi, untuk menjawab persoalan ini, Tajria akan berkongsi serba sedikit pendapat dari pakar dan penyelidikan mengenai kesan 10,000 langkah terhadap kesihatan fizikal dan mental dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Asal Usul 10,000 Langkah

Keperluan pergerakan dan berjalan 10,000 langkah ini dikatakan dimulakan oleh seorang profesor yang bernama Yoshiro Hatano.

Pada waktu itu, beliau ingin mengetahui kaedah yang paling berkesan untuk memerangi penyakit jantung dan obesiti. Semasa menjalankan penyelidikannya, dia ingin mencari cara untuk mengira jumlah kalori yang dibakar ketika bersenam.

Hatano berteori bahawa bergerak 10,000 langkah sehari adalah setara dengan jarak kira-kira lima batu. Mengikut pengiraan beliau, apabila seseorang individu bergerak sejauh lima batu, ia mampu untuk membakar lebih 20% kalori berbanding pembakaran melalui aktiviti kardio yang biasa.


Setelah itu, Hatano kemudian mencipta ‘Manpo-kei,’ yang merupakan alat seperti pedometer untuk mendorong orang untuk bergerak semasa musim Olimpik bagi memperoleh kesihatan dan kecergasan dengan cara lebih mudah. 

Konsep ini dilihat telah diterima oleh masyarakat Jepun dan juga global yang mana kini menjadi standard kesihatan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bolehkah Anda Bergerak Dan Berjalan Kurang Dari 10,000 Langkah?

Sebenarnya, keperluan aktiviti setiap orang berbeza dan harus ditentukan oleh banyak faktor.

Jarak dan tenpoh pergerakan anda akan berubah sesuai dengan tujuan kecergasan anda. Sekiranya anda ingin cuba untuk menurunkan berat badan, maka kemungkinan target langkah anda akan jauh lebih tinggi.

Namun, jika jarak dan tempoh pergerakan adalah untuk memastikan kesihatan jantung dan juga obesiti terjamin, maka pergerakan yang mencukupi adalah pilihan yang terbaik.

Untuk pengetahuan anda, purata jumlah langkah bagi individu yang tidak aktif biasa mencapai lebih kurang 5,000 langkah setiap hari.

Bagi individu yang aktif pula mencapai antara 7,500 dan 10,000 langkah setiap hari. Manakala, individu yang sangat aktif akan mencapai jumlah langkah melebihi 12,500 langkah sehari.


Walau bagaimanapun, mengira langkah harian lebih merujuk kepada mengesan aktiviti fizikal dan juga antara cara mudah yang boleh diakses ramai.

Malah, melakukan kiraan tempoh aktiviti dalam minit adalah lebih sukar. Jika dibandingkan dengan mengira langkah, melakukan sesuatu aktiviti berdasarkan minit dilihat tidak konsisten dan bergantung kepada intensiti yang dilakukan.

Sumber: Jurnal Yoshiro Hatano

Komen