Bukan sekadar untuk flex, tetapi sebenarnya Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini juga sebenarnya boleh menjadi cermin kepada keperibadian anda.

Mengapa ia mencerminkan keperibadian anda? Ya, ia kerana telefon mudah-alih dari Samsung yang terbaru ini hadir dengan binaan luar yang boleh diperibadikan mengikut minat dan citarasa anda.

Salah satu tarikan utama yang ada pada Samsung Galaxy Z Flip3 penawaran warna yang sangat memukau iaitu Cream, Phantom Black, Green dan Lavender yang mana menggunakan ruang kosong sedia ada ini, anda boleh menghias permukaannya supaya tampak lebih ceria dan memukau.

Bagaimana Anda Boleh Peribadikan Kerangka Luar Samsung Galaxy Z Flip3 5G?

Untuk pengetahuan anda, peranti Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini hadir dengan saiz tanpa lipat 166 x 72.2 x 6.9 mm. Sementara apabila dilipat pula, ia menampilkan saiz sebesar 86.4 x 72.2 x 17.1 mm.

Jika anda lihat pada bahagian luar peranti, tubuh dan engselnya dibuat dari binaan yang dikenali sebagai Samsung Armor Aluminium. Bercerita mengenai permukaan pula, anda boleh melihat kaca yang ditampilkan adalah berkilau selain tidak meninggalkan kesan cap cari ketika memegangnya.

Menurut Samsung, untuk rekaan Samsung Galaxy Z Flip3 5G, mereka memfokuskan kepada moden dan minimalis di samping memudahkan pengguna untuk memperibadikan penawaran sedia ada kepada sesuatu yang lebih dekat dengan personaliti diri.

Hias Samsung Galaxy Anda Dengan Koleksi Pelekat Yang Anda Gemari

Selain daripada memasang atau memakai kerangka luar yang berwarna dan bercetak, sebenarnya anda juga boleh memilih jenis kerangka lutsinar dan hiaskannya mengikut kreativiti anda.

Melaluinya, anda masih lagi boleh memperagakan warna asli Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang menarik. Malah, ia juga boleh ditukar ganti dengan lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Untuk Tajria, konsep peribadi yang ingin ditekankan penulis adalah penggunaan pelekat comel dan ceria yang juga kelihatan sesuai untuk kegunaan harian. Menarik bukan? Anda juga boleh menampal pelekat kegemaran anda dan ditukar bersilih ganti mengikut acara dan majlis yang anda hadiri.

Berikut adalah beberapa gaya hiasan yang Tajria telah lakukan pada peranti Samsung Galaxy Z Flip3 5G berwarna Lavendar.

Kelebihan Menghias Dan Menampal Pelekat Pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Berdasarkan penggunaan penulis sewaktu memasang pelekat pada permukaan luar Samsung Galaxy Z Flip3 5G, ia sememangnya sangat mudah dan lancar kerana gam yang dilekatkan pada atas kaca dilihat tidak meninggalkan kesan.

Malah, ia juga senang untuk ditanggalkan jika anda ingin menyusun semula pelekat sekiranya anda tidak berpuas hati pada susunan pelekat. Permukaan luar ini juga mempunyai ruang yang secukupnya untuk anda menampal pelbagai jenis pelekat mengikut kegemaran anda.

Anda boleh menggunakan sama ada pelekat jenis kecil ataupun besar kerana kedua-duanya akan memberikan hasil yang sama iaitu kemas dan ceria.

Seterusnya, anda turut boleh memilih tema pelekat yang menarik yang mana kemudiannya boleh dipadankan bersama antaramuka jam tangan Samsung Galaxy Watch anda.

Apa pendapat anda tentang kelebihan ini? Fungsi ini sangat sesuai bagi anda yang mementingkan keseragaman untuk kesemua peranti yang mana ia seolah-olah mencerminkan personaliti diri menerusi gajet yang anda gunakan.

Bukan sekadar penampilan hiasan yang lebih menarik, menerusi Samsung Galaxy Z Flip3 5G juga, anda boleh menjimatkan perbelanjaan anda untuk mendapatkan aksesori kerangka yang mahal dengan hanya menggunakan sepenuhnya kelebihan yang terbina pada peranti ini.

Ditambah lagi dengan penawaran kekuatan tambahan pada binaan tubuh Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang dilihat mampu bertahan daripada calar, retak, dan lekuk, maka anda tidak perlu risau untuk kekal bergaya dan menjadi trendy menggunakan telefon boleh-lipat Samsung yang terbaru.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman penggunaan Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini dari sudut pandangan Tajria, anda boleh baca ulasan kami di artikel Samsung Galaxy Z Flip3 Benar-Benar Bergaya Atau Sekadar Untuk Flex?

Bermula dari 22 September sehingga 31 Oktober 2021, anda boleh menerima ebaucar RM350 dan pelan Samsung Care + 1 tahun bernilai RM699 untuk pembelian Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memperibadikan peranti ini mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!