Pelitup muka telah menjadi keperluan penting bagi semua rakyat Malaysia kerana ia adalah salah satu langkah dan inisiatif yang boleh dilaksanakan individu dalam memastikan keselamatan sewaktu berada di tempat awam.
Kini, pelitup muka sudah banyak dijual di mana-mana tempat di Malaysia dan boleh dibeli di kedai fizikal mahupun dipesan melalui laman edagang atas-talian.
Walau bagaimanapun untuk segelintir masyarakat, harga jualan untuk pelitup muka ini mungkin masih lagi tinggi lebih-lebih lagi jenis yang lebih berkualiti seperti KF94, KN95 dan banyak lagi. Hasilnya, ia menyebabkan ramai individu yang bertindak untuk membeli pelitup muka palsu.

Kempen Beli 1 Hadiah 1 Pelitup Muka Oleh BaWangChaJi Malaysia
Idea di sebalik kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menggunakan pelitup muka yang berkualiti dan juga memberikan pelitup muka kepada mereka yang memerlukan.
Disebabkan pandemik ini telah berlarutan sehingga hampir 19 bulan, ini menjadikan ramai individu terkesan dari segi kewangan sehingga mengakibatkan pembelian keperluan asas turut sukar untuk dipenuhi.
BaWangChaJi berpendapat bahawa semua individu berhak mendapatkan pelitup muka yang berkualiti bagi tujuan keselamatan. Oleh itu, dengan kehadiran kempen ‘Beli 1, Hadiah 1’ pelitup muka, ia dijangka dapat memberikan kelebihan kepada individu yang memerlukan.
Untuk pengetahuan anda, BaWangChaJi telah menghasilkan pelitup muka 3-lapis ini dengan kolaborasi bersama EMPRO yang mengeluarkan pelitup muka berkualiti tinggi menggunakan teknologi AEROFIT yang pertama di dunia.
Teknologi canggih ini menghasilkan pelitup muka yang memberikan keselesaan dan juga perlindungan tertinggi kepada pengguna. Ia diperbuat daripada graphene hypoallergenic dan bebas dari lateks dan kaca gentian yang menjadikannya sesuai dipakai bagi anda yang mempunyai kulit sensitif.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan pelitup muka pada harga RM 34.90 sekotak dengan kuantiti di dalam sebanyak 50 keping. Untuk setiap kotak yang dibeli, anda turut akan menyumbang sekotak pelitup muka kepada badan bukan kerajaan HOPE di seluruh Malaysia. Kempen topeng muka ‘Beli 1, Hadiah 1’ akan dijalankan dari 29 September 2021 hingga 31 Oktober 2021.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi BaWangChaJi Malaysia, ikuti halaman Facebook dan juga Instagram di @bawangchaji_my.