Semenjak menggunakan telefon pintar boleh-lipat terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Flip3 5G, Tajria merasakan pengalaman merakam video harian kini menjadi lebih mudah.
Menerusi kemudahan boleh-lipat yang disediakan pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G, ia menawarkan terdapat pelbagai manfaat yang boleh dinikmati pengguna. Sebagai contoh, peranti mudah-alih ini boleh diletakkan dengan stabil tanpa memerlukan sokongan tambahan seperti monopod ataupun apa-apa barang yang boleh digunakan sebagai alat untuk mengekalkan kedudukan peranti.

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini merupakan model terbaru untuk dibawah siri Samsung Galaxy Z. Peranti ini menyertakan rekaan yang lebih rata pada bahagian sisi, selain membawakan saiz yang lebih padat, nipis dan tahan lasak.
Sepanjang penggunaan peranti boleh-lipat ini, penulis merasakan bahawa peranti bukan sahaja hadir dengan rekaan clamshell yang unik, malah ia turut hadir dengan sejumlah ciri yang menarik yang dilihat banyak mempengaruhi pengalaman penggunaan.

Mengapa Saya Merasakan Ciri Boleh-Lipat Pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G Ini Menarik?
Dalam artikel pandang pertama Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang dikongsikan Tajria sebelum ini, antara faktor yang cukup menarik perhatian penulis adalah kelebihan yang ditawarkan peranti ketika menulis artikel.
1K – Keselesaan Ketika Menaip
Seperti yang dinyatakan pada awal artikel, Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan rekaan boleh-lipat yang dipanggil sebagai clamshell.
Rekaan clamshell menawarkan kelebihan yang membolehkan pengguna untuk melipat peranti menjadi segi empat sama yang secara kasarnya kelihatan seperti bedak kompak wanita.
Malah, ia juga boleh dilipat separuh iaitu pada sudut 90 darjah dan seterusnya akan menampilkan bentuk ‘L’ yang mana ia memberikan pengalaman penggunaan seakan komputer riba versi mini.

Hasilnya, ia dapat menjadikan pengalaman menulis artikel di peranti mudah-alih ini menjadi lebih mudah selain membolehkan anda menaip mengikut keselesaan, lebih-lebih lagi jika anda penat memegang dan menggenggam peranti.
2K – Kemudahan Rakaman Video Tanpa Memerlukan Monopod
Seterusnya, bagi anda yang gemar melakukan rakaman gambar dan video ataupun seorang ‘vlogger‘, anda pasti akan menggemari ciri boleh-lipatyang ditampilkan pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G.
Hal ini kerana, apabila peranti ini dilipat, ia menyediakan tapak untuk membuatkan peranti berdiri dengan stabil tanpa memerlukan sokongan tambahan, jika peranti ini diletakkan di atas permukaan yang rata.


Anda tidak lagi perlu menyediakan sebuah beg yang besar untuk membawa monopod atau tripod sewaktu merakam video. Cukup sekadar anda mencari ruang atau permukaan yang rata untuk meletakkan peranti, dan kemudian anda boleh terus merakan video seperti biasa.
Bersama-sama dengan kebolehan boleh-lipat Samsung turut hadir dengan fungsi Dual Preview yang mana ia bertindak sebagai skrin pratonton. Melalui fungsi ini, anda boleh merakam dan menikmati video yang berkualiti menggunakan kamera utama Samsung Galaxy Z Flip3.


Untuk pengetahuan anda juga, Samsung Galaxy Z Flip3 hadir dengan sistem dwi-kamera dengan lensa utama 12-megapixel OIS (Optical Image Stabilization). Ia juga turut disokong oleh lensa sudut lebar 12-megapixel pada bahagian skrin hadapan.
3K – Kepuasan Tontonan Video Di Platfrom Penstriman
Sebab yang ketiga mengapa penulis merasakan ciri boleh-lipat ini menarik adalah ia memberikan pengalaman yang unik sewaktu tontonan drama dan filem di platform penstriman video seperti Netflix dan juga iQiyi.
Tanpa memerlukan sokongan tambahan juga, penulis boleh mendirikan peranti dengan melipat sedikit Samsung Galaxy Z Flip3 5G dan meletakkannya terus pada meja untuk mula menonton.


Mungkin dari segi paparan video, ia kelihatan sedikit janggal. Hal ini kerana Samsung Galaxy Z Flip3 5G memperlihatkan kesan lekuk atau garisan tengah yang sedikit jelas akibat lipatan.
Namun, secara keseluruhan ia tidaklah benar-benar mengganggu pengalaman tontonan dan dalam masa yang sama ia memudahkan lagi pengguna tanpa perlu mencari alat sokongan tambahan untuk mendirikan peranti.
4K – Kawalan Permainan Video Lebih Unik
Seterusnya, penulis ingin menceritakan keunikan dan juga pengalaman menarik apabila menggunakan kebolehan boleh-lipat yang ditampilkan Samsung Galaxy Z Flip3 5G sewaktu bermain permainan mudah-alih.
Untuk permainan yang Tajria cuba adalah TRES 69 yang mana ia merupakan permainan klasik yang menampilkan rekaan kawalan yang sama seakan di Game Boy.

Ketika bermain permainan, penulis boleh meletakkan peranti di ata meja dan melaraskan skrin mengikut keselesaan para mata. Bukan itu sahaja, apabila bermain permainan pada tempoh yang lama juga, ia tidak melenguhkan tangan kerana anda boleh mengubah kedudukan dan posisi peranti pada mana-mana kawasan rata.

5K – Keupayaan Untuk Perlaksanaan Pelbagai Tugasan
Tidak lengkap penjelasan akan kelancaran pengalaman menggunakan kebolehan rekaan boleh-lipat tanpa bercerita tentang ciri Flex Mode dan juga multi-tugasan.
Kedua-dua fungsi ini merupakan fokus utama pada peranti Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang mana ia sangat sesuai digunakan sebagai peranti produktiviti yang memudahkan anda untuk mengurus aktiviti menggunakan peranti.


Untuk Flex Mode, anda boleh mula mengaktifkannya di Tetapan. Kemudian, pilih tab ‘Labs’ dan klik aplikasi yang ingin anda gunakan ciri Flex Mode seperti Chrome, Spotify, Maps dan sebagainya. Manakala untuk fungsi multi-tugasan pula, anda boleh membuka dan memasang dua aplikasi serentak. Menarik bukan?

Pada pendapat Tajria sendiri, Samsung Galaxy Z Flip3 ini sememangnya hadir dengan rekaan dan barisan spesifikasi yang menarik. Ia bukan sahaja melengkapkan gaya moden yang ingin ditampilkan oleh para individu masa kini, malah ia turut menawarkan kebolehan lenturan dan lipatan yang cukup menarik sekaligus menjadikan peranti ini lebih unik berbanding yang lain.
Berdasarkan pengalaman 5K yang diberikan, adakah peranti ini sudahpun memikat hati anda? Jika anda ingin mendapatkannya, Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini boleh didapati pada harga bermula RM3999 sebuah.