Lina Rosli Diterbitkan 22 October 2021

Pelitup Muka KFC Boleh Dibeli Pada Harga Bermula RM4.90

Selain menawarkan pilihan menu baru seperti KFC Double Down dan Spicy Salted Egg Chick N Go, nampaknya KFC turut menampilkan penawaran pelitup muka mereka yang tersendiri.

Bagi setiap pembelian menu di KFC Malaysia, anda boleh mendapatkan satu helai pelitup muka kain edisi terhad KFC pada harga hanya RM4.90 sahaja. Namun, untuk pembelian yang berasingan, pelitup muka ini ditawarkan pada harga RM5.90.



Mengenai pelitup muka KFC lagi, ia menawarkan dua pilihan warna asas iaitu hitam dan putih. Manakala dari segi fabrik pula, KFC menggunakan dua fabrik yang berbeza untuk kedua-dua pelitup muka yang mana bagi warna putih, ia menampilkan fabrik jenis jersi sementara pelitup muka hitam pula membawakan fabrik nilon yang lebih berkilau.

Anda boleh mendapatkannya bermula hari ini di rangkaian KFC Malaysia berdekatan anda! Jangan lupa untuk mencuba menu terbaru dari KFC dan nikmati pengalaman makan yang lebih memuaskan.