Menurut The University of Queenland, industri fesyen adalah salah satu pengeluaran terbesar di dunia yang mana hampir di seluruh negara mengeluarkan rangkaian fesyen mereka yang tersendiri.

Namun, apa yang memeranjatkan adalah, kesan daripada pengeluaran pakaian secara besar-besaran telah menyebabkan industri fesyen sebagai salah satu pencemar terbesar di dunia iaitu yang kedua selepas minyak. Faktor ini mungkin disebabkan oleh penggunaan fabrik yang telah diubahsuai secara genetik.


Untuk pengetahuan anda, 90% daripada kapas kini menggunakan sejumlah besar air serta bahan kimia. Pengeluaran kapas juga bertanggungjawab dalam menampilkan 18% penggunaan racun perosak di seluruh dunia dan 25% daripada jumlah penggunaan racun serangga.

Mengapa Berlakunya Peningkatan Drastik Dalam Pengeluaran Pakaian Di Seluruh Dunia?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada pengeluaran pakaian yang drastik adlaah dengan adanya lebih banyak mesin dan teknologi yang digunakan dalam menghasilkan tekstil dan fabrik.

Hal ini dapat dilihat yang mana banyak jenis fabrik yang sebelum ini tidak tersedia telah mula boleh didapati secara meluas pada harga yang berpatutan. Sejak daripada itu, banyak pengeluar mula menggunakan fabrik sintetik dan kadar ketersediaannya juga tinggi.


Jika anda perasan, pada abad ke-20 pelbagai jenis pakaian mula menjadi sorotan ramai penggemar fesyen. Ia bermula daripada pengeluaran seluar jeans biru yang menjadi sangat popular pada tahun 1900-an, dan kini pakaian aktif juga telah menjadi pasaran yang besar dan berkembang.

Bercerita mengenai pengeluaran pakaian secara besar-besaran juga, ia turut didorong oleh implementasi fast fashion.

Fast fashion merujuk kepada pakaian yang dihasilkan pada harga yang rendah dan menampilkan rekaan yang seakan jenama pakaian mewah yang diperagakan di atas pentas fesyen. Ianya juga akan ditawarkan dengan cepat melalui kedai-kedai fesyen di pusat membeli-belah bagi memaksimumkan trend semasa.


Walaupun fenomena fast fashion ini masih lagi baru, namun perkembangannya dapat dilihat meluas dengan pesat dalam masa yang singkat. Jumlah peruncit fesyen ini didapati meningkat sebanyak 9.7% antara 2010 dan 2015.

Antara peruncit fast fashion yang popular di Malaysia adalah Zara, Uniqlo, Padini dan H&M yang mana mereka menyasarkan kepada jenis pakaian mampu milik tetapi masih bergaya. 

Tahukah Anda Sekitar 80 Bilion Pakaian Dihasilkan Setiap Tahun?

Secara global, kira-kira 80 bilion helai pakaian baharu telah dihasilkan setiap tahun dan ia menyumbang kepada peningkatan 400% lebih banyak daripada yang dikeluarkan industri fesyen pada dua dekad yang lalu.

Di Malaysia, kita dapat lihat persaingan dalam industri ini adalah cukup sengit. Ia boleh dikatakan hampir setiap minggu akan tampilnya koleksi pakaian baharu bagi setiap jenama yang merangkumi sektor pakaian muslimah, pakaian harian, pakaian sukan dan bermacam-macam lagi.


Dengan adanya permintaan dalam pembelian pakaian, maka tida hairan mengapa pengeluar pakaian mula tampil dengan koleksi yang variasi. Bertepatan dengan konsep fast fashion, kebanyakan pakaian yang dihasilkan kini biasanya akan dipakai sekali atau dua kali, sebelum anda menyedari ia kelihatan ketinggalan zaman dan membeli koleksi yang baharu hanya untuk mengikut trend semasa.

Jenama Dengan Jumlah Produksi Pakaian Paling Tinggi

McKinsey mengeluarkan laporan kedudukan syarikat fesyen teratas di seluruh dunia berdasarkan keuntungan ekonomi. Dan syarikat ini telah menyumbang 97% daripada keuntungan ekonomi global dalam sektor peruncitan dan memiliki beberapa jenama terbesar di dalamnya.


Di kedudukan yang pertama, syarikat induk Zara iaitu Inditex merupakan pengeluar terbesar fesyen yang mana ia menampilkan beberapa jenama terkemuka termasuk Bershka dan Pull & Bear.

Syarikat itu diasaskan oleh jutawan Amancio Ortega, yang membuka kedai Zara pertama di utara Sepanyol pada tahun 1975. Sejak itu Zara telah berkembang menjadi rangkaian 2,000 kedai yang besar dengan kehadiran di 96 negara di seluruh dunia dengan kapasiti pengeluaran mencecah lebih 450 juta item setiap tahun dengan jumlah jualan melebih $13 bilion.

Oleh sebab itu, Zara menjadi salah satu daripada 3 jenama fesyen pantas antarabangsa terbesar yang mana hampir separuh daripada semua barangannya didapatkan daripada negara luar temasuk Sepanyol dan Portugal dan Turki.

Sumber: World Bank Thomasnet Sustainability UQ