Tahukah Anda Mengapa Kucing Suka Melihat Dan Bermain Dengan Kotak?
Lina Rosli
Mengapa kucing sangat menyukai kotak? Selain gemar mengejar lampu laser dan menjadi aktif apabila anda menyuluh cahaya laser di lantai, kucing turut akan seronok sekiranya mereka melihat kotak. Ia mungkin pada asasnya, kotak adalah tempat yang selamat dan selesa untuk kucing berehat.
Untuk pengetahuan anda, kucing secara semula jadi mempunyai sifat ingin tahu. Apabila sesuatu yang baharu muncul dalam persekitaran mereka, mereka akan menyiasatnya untuk menentukan sama ada ia selamat ataupun ia berisiko kepada mereka.

Apa Yang Kucing Nampak Pada Kotak?
Seperti yang anda tahu, seperti harimau, kucing merupakan haiwan pemangsa. Oleh itu, apabila melihat kotak, mereka mendapati bahawa ruang tertutup dan terkurung itu adalah sesuai untuk mereka bersembunyi atau menunggu untuk menyerang mangsa.
Selain itu, kotak juga mungkin membuatkan kucing anda berasa selesa untuk duduk di dalamnya tanpa diganggu oleh haiwan atau manusia lain. Lebih-lebih lagi apabila mereka sedang tertekan atau mendapati terdapat perubahan persekitaran di rumah mereka. Jadinya, dengan menyembunyikan diri, kucing berpendapat mereka akan lebih mudah untuk melihat dan beradaptasi dengan sekeliling.

Malah, disebabkan kotak adalah penebat, maka kucing lebih suka berada di dalamnya kerana ia adalah lebih sejuk. Jadinya, mereka akan lebih selesa untuk berehat dan tidur di dalamnya.
Mengapa Kucing Menyukai Kotak Tetapi Tidak Suka Duduk Di Dalam Sangkar?
Tetapi mengapa kucing sangat membenci sangkar?
Ramai kucing membenci sangkar kerana mereka merasakan ia adalah ruang yang terhad dan tempat yang mengurung mereka. Ada sesetengah sangkar kecil sering digunakan untuk membawa kucing mereka ke doktor haiwan. Jadinya, mereka akan berasa gusar dan risau sekiranya dikurung di dalam sangkar.

Oleh itu, untuk membantu kucing anda menyukai sangkar, anda perlu menukar perkaitan negatif itu menjadi positif. Jadikan kucing anda melihat sangkar sebagai ruang yang selesa dan selamat dan jadikan pengalaman kucing anda semasa mengembara di dalamnya sepositif mungkin.
Terdapat petua yang boleh anda praktikkan untuk memudahkan kucing anda masuk ke dalam sangkar mereka. Caranya, anda boleh menyediakan item seperti kotak, mainan, tempat makanan di dalamnya. Ia sedikit sebanyak dapat menjadikan pengalaman kucing di dalam sangkar lebih baik.

Sekiranya, Kucing Anda Tidak Menyukai Kotak?
Jika kucing anda tidak mahu tidur di dalam kotak, ada perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan ia selamat dan selesa.
Letakkan selimut lembut dan beberapa mainan kegemaran kucing anda di dalam kotak. Anda boleh menyembur selimut mereka dengan feromon yang menenangkan untuk membuatkan mereka berasa lebih selesa.
Selain itu, kucing juga suka berada berdekatan dengan keluarga mereka, jadi biarkan kotak itu di kawasan rumah yang biasa anda lepak, seperti ruang tamu, dapur atau bilik tidur.