Lina Rosli Diterbitkan 23 November 2021

Tahukah Anda, Darah Udang Karang Berwarna Jernih?

Terdapat sesetengah makanan laut seperti udang dan ketam akan bertukar warna selepas di masak. Warnanya akan menjadi lebih cerah dan kemerahan yang mana warna ketika mentah adalah lebih gelap seperti coklat kebiruan.

Hal ini berlaku, disebabkan oleh reaksi biokimia pada suhu yang tinggi yang menjadikan cengkerang tersebut bertukar warna. Untuk pengetahuan anda, udang dan ketam mempunyai pigmen yang dikenali sebagai Astaxathin.


Astaxathin adalah pigmen karotenoid yang hadir bagi memberikan warna jingga kemerahan kepada sesuatu makanan selain melakukan pembentukan awal vitamin A. Selain ketam dan udang, antara haiwan yang mempunyai Astaxathin termasuklah ikan salmon dan juga flamingo.

Tahukah Anda, Darah Udang Karang Berwarna Jernih?

Satu lagi perkara menarik mengenai udang karang adalah ia mempunyai darah jernih atau berwarna putih dengan sedikit warna kebiruan. 

Jika dibandingkan dengan manusia, warna merah darah juga berasal dari molekul yang dipanggil hemoglobin, yang terdapat dalam sel darah merah. Hemoglobin membawa oksigen ke seluruh badan dan ia menggunakan atom besi untuk menahan oksigen dan kemudian melepaskannya.


Manakala bagi sesetengah invertebrata seperti siput, labah-labah dan juga udang karang, ia menggunakan molekul yang dipanggil haemocyanin untuk membawa oksigen ke sekeliling badan mereka menggunakan atom kuprum dan bukannya besi.

Haemocyanin bertindak seperti hemoglobin dan klorofil dalam tumbuhan hijau. Ini merupakan protein yang mengandungi dua atom kuprum yang mengikat satu molekul oksigen (O2) dan kemudian melepaskannya di mana ia diperlukan.

Bagaimana Boleh Anda Ketahui Udang Karang Tersebut Berdarah Dan Cedera?

Apabila kuku, kaki, atau antena udang karang tercabut, atau cangkangnya retak atau tertusuk, udang galah boleh menjadi lemah dan juga mati akibat kehilangan darah.

Menurut profesor penyelidikan di Universiti New England di Biddeford, jika udang karang mengalami kecederaan, anda perlu meletakkannya semula ke dalam air. Hal ini kerana, sekiranya udang karang dijauhkan daripada air selepas kecederaan, ia boleh menyebabkan darah membeku dengan lebih cepat.


Apabila darah telah membeku, ia boleh mengganggu pengepaman jantung. Lebih-lebih lagi jika kawasan kecederaan adalah pada bahagian bawah kerana ia merupakan kawasan saluran saraf.

Untuk pengetahuan anda, pengepaman darah udang galah dikawal oleh impuls saraf. Oleh itu, jika saraf tidak berfungsi, sudah tentu darah tidak dapat dialirkan ke jantung mereka.