Selain Starbucks yang telah mengumumkan peningkatan harga untuk minuman saiz venti mereka, McDonald’s juga sebelum ini telah memaparkan kenaikan harga bagi sejumlah hidangan mereka termasuk kon Sundae, Choco Dip, Sundae Strawberi dan Coklat serta McFlurry.


Menerusi penelitian tampilan harga yang dinyatakan di platform seperti di aplikasi McDonald’s, GrabFood dan juga FoodPanda, ia menunjukkan peningkatan yang ketara bagi setiap hidangan.


Harga baharu bagi menu:

  • Sundae Cone – RM 1.42 di aplikasi McD
  • Sundae (Strawberry/Chocolate) – RM3.54 di aplikasi McD, RM4.90 di GrabFood dan RM4.62 di FoodPanda
  • Oreo McFlurry – RM4.91 di aplikasi McD dan RM7.30 di GrabFood

Semestinya peningkatan ini bukanlah sesuatu yang baik selain turut akan memberi kesan kepada keseluruhan bayaran pesanan. Jadi, bagaimana pendapat anda, adakah dengan peningkatan harga ini akan membuatkan tanda berubah hati untuk melakukan pesanan?