Selain Perodua yang telah mengumumkan penawaran diskaun untuk servis kenderaan mereka, nampaknya BMW dan MINI turut mengumumkan penawaran yang seakan sama bagi pemilik kenderaan jenama tersebut yang telah terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Bagi pemilik kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad yang mengalami masalah ini, anda boleh terus hubungi ke Pusat Servis Sah BMW yang beroperasi untuk mendapatkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda kenderaan dan bayaran yang lebih rendah ke atas alat-alat ganti yang ditukar.


Diskaun sebanyak 20% akan ditolak di dalam bil pembayaran sekiranya anda memerluka penggantian alat dan komponen bagi kenderaan BMW dan MINI anda. 

Malah, sekiranya anda mengunjungi ke Pusat Servis Sah BMW, BMW Group Malaysia turut menawarkan rebat sebanyak RM300 untuk perkhidmatan menunda kenderaan untuk dihantar ke pusat servis berdekatan.

Dengan inisiatif ini, ia secara tidak langsung dapat meringankan sedikit kos pembaikan dan pemulihan kenderaan yang dimiliki. Untuk maklumat lanjut, anda layari laman web rasmi BMW bermula hari ini.