Bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk membela dan menjaga anak kucing pada tahun baru ini, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan dan sediakan sepanjang tempoh penjagaannya.

Berikut adalah 7 perkara yang perlu anda lakukan dan sediakan:

  1. Menyediakan tempat tidur dan berehat yang selesa. Anda boleh letakkan sama ada bakul tidur atau sangkar khas yang memberikan ruang rehat yang secukupnya.
  2. Memilih pasir yang bersesuaian dengan keperluan kucing anda untuk memastikan mereka tidak membuang najis di sekitar rumah. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis pasir najis yang perlu anda ketahui termasuk jenis pasir, tanah liar, kertas dan sebagainya.
  3. Memberikan ruang atau tempat untuk kucing anda bermain kerana jika ia dikurung terlalu lama di dalam sangkar atau rumah, ia berkemungkinan besar akan membuatkan kucing mereka kemurungan.
  4. Membeli barang kelengkapan dan penjagaan diri seperti sabun, semburan kutu, pewangi dan sebagainya. Kucing sangat sensitif akan kebersihan dan menyukai persekitaran yang bersih dan selamat.
  5. Memastikan kucing anda mendapat vaksin dan mendapatkan rawatan kesihatan yang diperlukan apabila mempunyai sebarang komplikasi kecil atau besar yang berlaku ke atasnya.

Bercerita mengenai keperluan kucing lagi, pastinya anda sering terkeliru mengenai waktu dan tarikh yang penting untuk membawa anak kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan.

Malah, terdapat segelintir penjaga haiwan juga sering terlepas pandang akan keperluan membawa haiwan perliharaan mereka berjumpa dengan pakar. Hal ini kerana, bagi setiap haiwan mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. Makanya, adalah perlu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi kucing anda.

Bilakah Perlu Membawa Anak Kucing Anda Berjumpa Dengan Doktor Haiwan?

Benar, lawatan ke klinik haiwan pastinya akan sukar disebabkan kurangnya pengalaman tentang kesihatan haiwan. Seperti yang anda ketahui, sesetengah penyakit tiba-tiba boleh menjadi serius, jadi lebih baik untuk mengetahui dengan segera jika anak kucing anda memerlukan rawatan khas.

Anak kucing baharu anda harus berjumpa doktor haiwan secepat mungkin supaya kesihatan keseluruhannya dapat diperiksa. Secara umumnya, tiada umur yang ditetapkan untuk membawa anak kucing anda berjumpa dengan dengan doktor haiwan pertama.


Namun, ia disyorkan untuk menjalani peperiksaan dalam masa 24 hingga 72 jam selepas mengambil anak kucing itu. Jika anda sudah mempunyai kucing di rumah anda, lebih baik pergi ke doktor haiwan sebelum membawa anak kucing baru pulang. Anak kucing baru anda mungkin mempunyai penyakit yang tidak jelas kepada anggota rumah yang lain.

Mengasingkan Kelengkapan Bagi Setiap Anak Kucing Baharu

Dalam situasi ini, pastikan pendatang baru dikuarantin di bilik mandi atau ruang serupa yang berasingan daripada haiwan peliharaan anda yang lain.

Anak kucing juga harus mempunyai kotak najis, mangkuk makanan dan mangkuk air mereka yang tersendiri. Ini bagi mengurangkan peluang penyebaran penyakit atau parasit kepada mana-mana kucing lain.

Pastikan Anda Memberi Maklumat Kesihatan Yang Tepat Pada Doktor

Doktor haiwan perlu mengetahui data yang tempat untuk memberikan jenis rawatan dan vaksinasi kepada anak kucing itu.

Jadinya, jika anda membawa anak kucing anda ke doktor haiwan buat kali pertama, pastikan anda membawa bersama apa-apa kertas kerja yang anda dapat semasa pengangkatan. Jika itu tidak tersedia, tulis maklumat yang diberitahu kepada anda supaya anda tidak lupa. 

Vaksinasi anak kucing pertama biasanya diberikan antara umur 6 dan 9 minggu. Jika anak kucing anda bersin atau mengalami sebarang masalah kesihatan lain, doktor haiwan akan menunggu untuk memberi vaksin sehingga ia sihat.


Penggalak vaksin anak kucing perlu dilakukan pada selang masa kira-kira tiga minggu sehingga anak kucing anda mencapai umur 16 hingga 20 minggu. Vaksin rabies biasanya dilakukan sekali pada lawatan terakhir anak kucing. Anak kucing anda juga akan diberi ubat cacing pada beberapa lawatan untuk merawat parasit usus anak kucing yang biasa seperti cacing gelang.

Harus diingatkan juga, jika anda ingin menjaga atau mengambil anak kucing dari luar, sebaiknya tunggu sehingga ia mencapai usia 8 hingga 10 minggu  untuk kesihatan optimum dan memberikan mereka masa untuk bercerai susu dan bersosial dengan haiwan lain.

Sekiranya anak kucing anda masih muda, terutamanya 6 minggu atau kurang, doktor haiwan perlu menilai status pemakanan dan penghidratan anak kucing itu dan memberikan bantuan dengan sebarang suplemen yang diperlukan.