Setelah hampir dua tahun dunia mengalami wabak yang menjadi ancaman kepada setiap individu, ia nampaknya telah mencetuskan beberapa kesan yang besar termasuklah peningkatan pencemaran sisa perubatan yang melibatkan hampir semua negara.

Untuk pengetahuan anda, setiap bulan dianggarkan 129 bilion pelitup muka digunakan oleh individu di seluruh dunia dan menyumbang pembuangan sisa kira-kira 3 juta pelitup muka setiap minit. Apabila anda melihat paparan angka yang tinggi, pastinya anda terfikir bahawa bagaimana kesemua sisa ini dapat dilupuskan?

Tidak dinafikan, penjualan dan penghasilan pelitup muka yang sukar untuk dilupuskan sedikit sebanyak telah memburukkan lagi keadaan. Ditambah lagi dengan isu pembuangan sisa perubatan yang tidak mengikut panduan pengurusan yang tepat telah menambah lebih banyak kesan negatif kepada alam sekitar.

Setakat ini tiada solusi yang baik yang boleh membantu membendung isu pencemaran alam sekitar. Namun, anda mungkin boleh pertimbangkan beberapa aspek utama sebelum membeli pelitup muka seperti memilih jenis pelitup muka boleh guna semula dan mempunyai binaan yang mudah lupus supaya tidak menjejaskan persekitaran.

Sebagai contoh, jenama AiruFlo hadir dengan penawaran pelitup muka yang boleh digunakan semula. Ia hadir dengan reka bentuk modular yang memberikan keselesaan kepada si pemakai. Tambahan, ia juga membolehkan pengguna untuk melakukan pembersihan pelitup muka selepas penggunaan.

Melengkapkan produk tersebut adalah satu-satunya ciri yang boleh diganti iaitu penapis N-95 yang melindungi daripada 95% zarah dan habuk. Jenama ini juga dilengkapi dengan injap yang membantu pengguna melakukan hembusan nafas dengan lebih baik di samping masih menjaga keselamatan individu di sekeliling.

Dengan kehadiran produk dari AiruFlo ini juga, ia dijangka ingin mengajak lebih ramai individu untuk membudayakan penggunaan pelitup muka boleh guna semula yang mana sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan sumbangan sisa pelitup muka pakai buang kepada alam sekitar.

Bagi anda yang berminat, pelitup muka guna semula AiruFlo boleh mula dibeli di rangkaian AEON terpilih, Happy Pharmacy dan juga kedai atas talian Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi AiruFlo bermula hari ini.