Hari ini, Starbucks Malaysia dilihat mula memperkenalkan menu baharu yang berasaskan strawberi dan juga matcha yang pastinya akan menarik perhatian ramai iaitu, Strawberry Dream Pure Matcha Latte.

Menerusi gabungan dua bahan ini, ia dilihat akan memberikan satu rasa yang baharu. Anda boleh menikmati rasa manis dan masam buah strawberi, dan kemudiannya dilengkapkan dengan rasa pahit pada hujung rasa matcha yang semestinya akan memberikan kelazatan bagi setiap tegukan air.

Untuk mencubanya, anda boleh mula melakukan pesanan menggunakan aplikasi mudah-alih Starbucks kerana pelancaran pada hari ini (7 Mac) terhad bagi ahli yang berdaftar sahaja. Bagi yang ingin membeli tanpa menggunakan aplikasi, anda boleh mengunjungi ke rangkaian Starbucks berdekatan anda bermula esok iaitu 8 Mac 2022.

Berikut adalah senarai harga untuk minuman terbaru Starbucks:

  • Hot Strawberry Dream Pure Matcha Latte – RM18.00+ (Tall)
  • Iced Strawberry Dream Pure Matcha Latte –RM18.00+ (Tall)
  • Strawberry Dream Creme Frappuccino – RM18.00+ (Tall)

Ketahui juga cara untuk memesan minuman di Starbucks dengan lebih mudah!