Carian
Bask Bear Tawar Promosi Ketika Hari Hujan, Anda Boleh Nikmati Espresso Berharga RM5
March 18, 2022 Lina Rosli

Sebelum ini, Bask Bear Coffee telah sedia hadir dengan penawaran yang mana anda boleh menikmati kopi panas pada harga hanya RM5 sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya pamer poster atau imej promosi kopi RM5 ketika hari hujan kepada barista mereka dan anda boleh mendapatkan siri Classic Espresso pada harga yang lebih rendah.

Nampaknya, dengan penawaran ini, Bask Bear Coffee telah menjadikan hari hujan anda kini lebih bermakna yang mana anda boleh menikmati kopi di samping melihat permandangan hujan dari pejabat atau rumah anda.

Bagi yang berminat. promosi ini tersedia di semua rangkaian fizikal Bask Bear Coffee berdekatan anda kecuali di KLCC sahaja.

Komen