Tiba sahaja bulan Ramadhan setiap tahun, restoran dan hotel pastinya tidak akan ketinggalan menawarkan set atau bufet Ramadhan untuk sajian berbuka puasa.
Jika anda diberi pilihan untuk pergi menikmati hidangan bufet, masakan jenis apa yang menjadi pilihan anda? Adakah ia masakan tempatan, masakan barat, masakan cina muslim, atau masakan timur tengah?
Hal ini kerana, sekiranya anda meminati variasi pilihan makanan daripada seluruh dunia, maka Eastin Hotel Kuala Lumpur adalah pilihan yang menarik untuk anda cuba sewaktu Ramadan 2022 kelak.

Apakah Yang Ditawarkan Oleh Eastin Hotel Kuala Lumpur?
Di Eastin Hotel, mereka memperkenalkan tawaran Malam Bufet Icip-Icip Kampungku. Menerusi bufet ini, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan istimewa yang disediakan oleh Chef Dennie dan pasukannya.
Antara menu istimewa yang ditawarkan adalah Goat Roast disumbat dengan Nasi Arab, Sup Gear Box Pedas, Nasi Lemak Kukus Daun Teratai dan banyak lagi.
Bagaimana Dengan Fasiliti Yang Disediakan Oleh Eastin Hotel Kepada Pengunjung Ketika Ramadan?
Untuk anda yang berkunjung ke Easting Hotel dan menempah Malam Bufet Icip-Icip Kampungku, berikut adalah beberapa fasiliti yang ditawarkan:
- Surau
- Servis kerusi bayi
- Kemudahan laluan dengan kerusi roda
- Parkir Valet
- Tempat letak kereta
- Isnin-Sabtu:
- 1 jam pertama – RM 6.00
- Jam seterusnya – RM4.00
- Flat Rate (6 petang – 6.59 pagi) – RM 5.00
- Isnin-Sabtu:



Berapakah Harga Malam Bufet Icip-Icip Kampungku?
Sekiranya anda melakukan tempahan meja sebelum 3 April 2022, anda berpeluang mendapatkan harga promosi untuk Malam Bufet Icip-Icip Kampungku iaitu pada harga RM125+ seorang.
Manakala jika anda melakukan tempahan selepas tarikh itu iaitu 6 April hingga 30 April 2022, harga sekepala untuk bufet ini adalah RM165+ seorang.
Untuk tempahan meja, sila hubungi nombor +6016 262 2070 / +603 7665 1111 atau WhatsApp Eastin Hotel menggunakan pautan ini.
Sekiranya anda mempunyai cadangan bufet Ramadan menarik yang lain di seluruh Malaysia, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria. Anda hanya perlu pergi ke halaman utama Tajria dan klik ‘Tulis’.