Carian
#4 Bazar Ramadan Kg. Baru – Semestinya Syurga Makanan Dan Bukan Syurga Parkir
April 7, 2022 Lina Rosli

4 hari telah berlalu untuk bulan puasa ini, sudah berapa banyak bazar Ramadan yang telah anda kunjungi? Adakah sajian yang dihidangkan menepati selera anda?

Jika tidak, sudahkah anda mengunjungi Bazar Ramadan Kampong Baru di tengah kotaraya Kuala Lumpur? Bazar ini menawarkan pelbagai juadah menarik dan popular yang boleh anda hidangkan sewaktu berbuka puasa.

Sebelum bercerita tentang juadah, disebabkan bazar Ramadan ini terletak di lokasi yang cukup strategik untuk orang ramai singgah dan membeli makanan, maka kawasan untuk meletakkan kenderaan adalah terhad dan boleh dikatakan agak sukar untuk jumpa.

Oleh itu, anda disarankan untuk mencari lokasi parkir berbayar yang mudah untuk diakses dan cadangan lokasi yang terdekat adalah tempat letak kenderaan di sekitar Klinik Hospital Al-Islam pada harga RM5.

Apabila anda melangkah masuk sahaja ke tapak bazar, anda akan melihat pelbagai sajian daripada makanan bergoreng, kuih-muih, air buah-buahan, ayam madu dan banyak lagi.

Bagi kebanyakan gerai di bazar berkenaan, anda akan melihat ramai pelanggan beratur bagi membawa pulang makanan untuk disajikan di rumah. Dan antara gerai yang mempunyai barisan yang panjang termasuklah gerai Murtabak Din.

Sumber gambar: Fahim Zahar, Hafizuddin Omar

Sekiranya anda mempunyai cadangan bufet Ramadan menarik yang lain di seluruh Malaysia, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria. Anda hanya perlu pergi ke halaman utama Tajria dan klik ‘Tulis’.

Komen