Tahukah anda, kini anda boleh melakukan pembayaran secara nirtunai di Siti Khadijah menerusi aplikasi Setel?

Ya benar, Setel dan Siti Khadijah kini telah berkerjasama melancarkan pekhidmatan Setel Pay di 31 cawangan Siti Khadijah di seluruh negara. Bukan itu sahaja, Setel turut memperluaskan Setel Express sebagai rakan penghantar utama bagi jenama pakaian sopan tempatan ini.

Dengan penawaran kedua-dua servis ini, ia bukan sahaja menggalakkan penjualan tanpa sentuh, tetapi juga dilihat sebagai inisiatif yang baik dalam menyokong komuniti setempat. Bergerak ke hadapan, Setel menyasarkan untuk menawarkan penyelesaian bersepadu kepada para perniaga selain meningkatkan pelan pendigitalan menerusi ekosistem Setel.

Selari dengan pelancaran ini juga, bermula 3 April hingga 31 Mei 2022, untuk setiap jualan yang dilakukan menggunakan Setel Pay di mana-mana cawangan Siti Khadijah, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada inisiatif derma.

Sekiranya anda ingin melakukan pembelian telekung Siti Khadijah menerusi aplikasi Setel, jangan lupa untuk menambah nilai amaun yang diinginkan ke dalam dompet digital menggunakan GrabPay dan jana lebih banyak ganjaran.

Untuk menggunakannya, jangan ketinggalan untuk memuat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.