Carian
Setel Menyokong Tambah-Nilai Guna GrabPay – Nikmati GrabRewards Bagi Setiap Transaksi
March 21, 2022 Lina Rosli

Terbaru, Setel telah menambah sokongan tambah-nilai yang lebih mudah kepada pengguna menerusi kerjasama dengan Grab Malaysia. Melaluinya, pengguna Setel boleh menambah nilai amaun yang diinginkan ke dalam dompet digital mereka menggunakan GrabPay.

Untuk menggunakan pilihan tambah-nilai ini, anda hanya perlu:

  1. Pergi ke tab Pay pada aplikasi Setel.
  2. Pilih amaun yang ingin ditambah.
  3. Kemudian, tetapkan pilihan GrabPay untuk meneruskan pembayaran tambah-nilai.

Apa yang menarik juga, pengguna turut boleh menikmati ganjaran yang berbaloi menerusi sokongan ini termasuk menjana mata ganjaran GrabRewards bagi setiap transaksi tambah-nilai di Setel.

Khusus buat pengguna baharu Setel dan GrabPay juga, anda boleh menebus ganjaran kredit Setel sebanyak RM9 secara percuma untuk tiga transaksi tambah-nilai pertama berjumlah RM30 melalui GrabPay. Tawaran ini sah sehingga 2 April 2022 kelak.

Sebelum ini, Setel turut telah memperkenalkan sokongan tambah-nilai secara tunai, perbankan atas talian dan juga dompet digital Boost. Jadinya, anda boleh memilih mana-mana kaedah pembayaran yang selesa dan mudah untuk digunakan.

Selain menggunakan Setel Wallet untuk pengisian bahan api di stesen minyak, anda juga boleh membuat pembayaran parkir di lokasi Setel Parking terpilih. Setakat ini, Setel Parking hanya ditawarkan terhad di Suria KLCC dan akan diperluaskan secara meluas seluruh negara kelak.

Komen