myNEWS Malaysia merupakan antara rangkaian kemudahan yang kini semakin berkembang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa myNEWS sebenarnya bermula daripada satu gerai surat khabar yang diasaskan oleh Dang Tai Luk pada 25 Disember 1996?
Ia kemudiannya diperluaskan dari satu negeri ke negeri yang lain dan tidak hanya itu, myNEWS turut mula menawarkan myNEWS Supervalue yang kini telahpun dibuka di 9 buah negeri.
Bercerita mengenai myNEWS lagi, selain membawakan pelbagai pilihan makanan dan minuman, kedai runcit ini turut membenarkan para pelanggan untuk melakukan bayaran bil utiliti dan servis perkhidmatan yang dilanggan.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi senarai bil dan perkhidmatan yang boleh anda bayar di myNEWS berdekatan anda.
Bayaran Bil
Anda boleh melakukan pembayaran bil seperti:
- Astro
- Unifi
- Yes
- U Mobile
- Celcom
- Courts
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Indah Water
- Air Selangor
- Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ)

Tempat Pengumpulan Barangan Penghantaran
Anda juga boleh menghantar bungkusan penghantaran yang telah sedia dilakukan menerusi:
- Easy Parcel
- Pgeon
- Collectco

Pembayaran Secara Nirtunai
Tidak hanya itu, anda juga boleh melakukan pembelian barangan tanpa perlu menggunakan tunai menerusi:
- Boost
- GrabPay
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet
- Kad debit dan kredit

Selain itu, anda juga boleh melakukan tambah nilai untuk kad Touch ‘n Go, tambah nilai kredit untuk peranti mudah alih dan juga permainan serta pembelian sim.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mula melakukan pembayaran perkhidmatan ini bermula hari ini di rangkaian di kedai fizikal berdekatan.