Setelah meningkatkan harga barangan sebanyak RM0.10 pada Disember 2021, kini syarikat ini telah mengumumkan bahawa bermula 1 Jun 2022, mereka turut akan meningkat harga jualan barangan sekali lagi, dari RM2.20 kepada RM2.40.

Selari dengan peningkatan ini, ia menunjukkan peningkatan harga yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.30 pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Eco-Shop, hal ini adalah disebabkan oleh kos pembuatan dan pengeluaran yang tinggi selain mereka ingin menjaga kualiti barangan jualan kepada pelanggan. Tambah mereka lagi, kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat.

Setakat ini, tiada perincian lanjut mengenai peningkatan harga jualan ini. Sama ada, ia hanya tertakluk kepada cawangan Eco-Shop di Semenanjung Malaysia ataupun termasuk Sabah dan juga Sarawak.

Baca juga: Tahukah Anda Eco-Shop Tawar 19 Jenama Tersendiri – Mama, ENE, Ganso, Wak Limah & Banyak Lagi?