McDonald’s kini telah berkongsi yang mana setiap pesanan McDelivery dan juga penebusan tawaran atau Deals hanya boleh diakses menerusi aplikasi McD (McD App) sahaja.

Perlaksanaan ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap pengguna hanya menggunakan satu akaun sahaja untuk melakukan pesanan McDelivery bermula 18 Mei 2022. Sekiranya anda merupakan pengguna McDelivery di web, pastikan anda mula mendaftar emel yang telah anda sedia guna terus pada McD App bagi mengekalkan sejarah pesanan sebelum ini.

Jika tidak, anda perlu mendaftar emel yang baharu di McD App dan seterusnya terus melakukan pesanan dengan memilih pilihan servis pengambilan hidangan sama ada:

  • penghantaran ke rumah
  • makan di kedai
  • pandu ambil

Mudah bukan? Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kemudahan ini serta menebus ganjaran dan hidangan percuma yang disediakan. Tertakluk pada terma dan syarat.

Baca juga: Pesan Menu Kegemaran Anda Dengan Mudah Menerusi Ciri Order & Collect Di Aplikasi McD