Sebelum ini, 7-Eleven telah sedia menawarkan minuman eksklusif Nescafe Original dengan rekaan istimewa Badang di kedai mereka pada harga RM3.50 satu tin.

Namun, tahukah anda keluaran eksklusif ini sebenarnya ditawarkan dalam bentuk koleksi yang perlu anda kumpulkan dari 3 kedai berbeza?

Untuk mendapatkan kesemuanya, anda perlu mengunjungi ke rangkaian kedai Mesra, 7-Eleven dan Shell Select berdekatan anda. Bagi setiap satu kedai, ia menawarkan satu karakter Mobile Legends yang berbeza iaitu Brody, Bdang dan Valir.

Selain daripada tiga karakter ini, Nescafe turut dijangka akan membawakan satu lagi karakter lain pada tin minuman mereka iaitu Aamon. Namun setakat ini, tarikh pelancaran dan lokasi jualan masih tidak diketahui.

Tidak hanya itu, sekiranya anda melakukan pembelian sebanyak lebih daripada 3 tin minuman di Shell Select, anda turut berpeluang menerima kotak tisu percuma bagi setiap transaksi.

Menerusi perkongsian Nescafe, minuman eksklusif ini telahpun ditawarkan kepada umum. Sama seperti harga Nescafe Original Edisi Badang, minuman yang lain juga turut dijual pada harga sekitar RM3.50 satu tin.