Setelah meningkatkan harga barangan sebanyak RM0.10 pada Disember 2021, kini Eco-Shop telahpun mengumumkan perubahan harga mulai 1 Jun 2022 untuk setiap produk dan barangan yang dijual di kedai mereka iaitu dari RM2.20 kepada RM2.40.

Pengumuman ini telahpun dihebahkan sejak Mei 2022 yang lepas di kebanyakan cawangan kedai mereka. Dan kini, mereka turut mula mengemaskini harga jualan bagi produk mereka di laman rasmi Eco-Shop.

Menurut Eco-Shop, faktor peningkatan harga ini adalah disebabkan oleh kos pembuatan dan pengeluaran yang tinggi. Oleh itu, dengan perlaksanaan langkah ini, ia sedikit sebanyak dapat menjamin kualiti barangan jualan di samping memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.

Baca juga: Tahukah Anda Eco-Shop Tawar 19 Jenama Tersendiri – Mama, ENE, Ganso, Wak Limah & Banyak Lagi?