7-Eleven adalah salah satu kedai serbaneka yang popular di Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan pelbagai snek dan minuman yang menarik, malah terdapat juga rangkaian 7-Eleven yang membenarkan anda untuk membeli produk makanan laut dan bermacam-macam lagi.

Selain daripada itu juga, 7-Eleven baru-baru ini telah memperkenalkan 7 Café yang mana ia menyajikan pelbagai hidangan makanan dan minuman panas yang boleh anda dapatkan tanpa mengira waktu. Sehingga kini, 7-Eleven telah membuka lebih daripada 10 cawangan 7 Café di sekitar Lembah Klang.

Terbaru, sebuah lagi cawangan 7-Eleven telah dibuka di Bandar Puteri, Puchong. Ia merupakan cawangan pertama yang terbesar di Lembah Klang yang mana ia menampilkan BengBeng Sourdough di dalamnya.

Berdasarkan perkongsian BengBeng Sourdough di Instagram, mereka mempunyai ruang pastri dan roti yang tersendiri di dalam 7-Eleven. Dengan ini, ia memudahkan orang ramai mendapatkan variasi pilihan makanan hanya di satu kedai serbaneka sahaja.

Malah, kedai konsep 7-Eleven di Bandar Puteri juga, anda boleh mengunjungi juga ruang buku dan hadiah serta rak gaya hidup yang menawarkan pelbagai pilihan kelengkapan diri. Anda juga pastinya tidak ingin ketinggalan mendapatkan produk minuman dari Niki Neko yang boleh disediakan sendiri di rumah.

Menarik bukan? Lawati 7-Eleven Bandar Puteri Puchong hari ini dan nikmati pengalaman baharu bermula hari ini. Selain itu, anda juga boleh pergi juga ke mana-mana rangkaian 7 Café berdekatan anda.

  • 7-Eleven Tun H.S. Lee
  • 7-Eleven Menara TA One
  • 7-Eleven Desa Sri Hartamas
  • 7-Eleven Eco Ardence
  • 7-Eleven Saujana KLIA
  • 7-Eleven Bukit Antarabangsa
  • 7-Eleven Jalan Kristal Shah Alam
  • 7-Eleven Bukit Damansara
  • 7-Eleven Jalan Warisan Sentral 1, Sepang