Selain Netflix.Shop, kini Disney mula menawarkan produk dan barangan eksklusif mereka melalui kedai atas-talian shopDisney.

Apa yang menarik mengenai kedai Disney ini, ia menampilkan pelbagai pilihan produk yang merangkum- pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, set pinggan mangkuk bagi kegunaan rumah, alat tulis, mainan dan kostum serta aksesori dan hadiah yang menarik untuk diberikan kepada yang tersayang.

Khusus untuk peminat Disney juga, untuk kesemua pilihan produk ini, ia ditawarkan berdasarkan judul-judul filem atau siri televisyen yang ditayangkan di Disney. Antaranya, anda boleh mendapatkan set meja seperti mangkuk, pinggan dan piring dengan rekaan Mickey Mouse yang disesuaikan dengan warna biru dan putih.

Malah, anda juga boleh mendapatkan alat perkakas memasak Winnie the Pooh yang membawakan 3 variasi spatula bersama balang kaca yang digunakan untuk menyimpannya pada harga RM 195.90 sebuah.

Sementara untuk pakaian pula, Disney hadir dengan kolaborasi bersama jenama mewah yang terkenal iaitu Coach menerusi koleksi Disney X Coach yang menampilkan barangan seperti beg tangan crossbody, messenger bag dan juga dompet.

Bagi anda yang berminat untuk menerokai koleksi Disney yang lain, jangan ketinggalan untuk layari laman rasmi shopDisney bermula hari ini. Untuk tempoh masa yang terhad, Disney menawarkan penghantaran percuma kepada pengguna yang melakukan pesanan minima RM450 dalam satu resit.