Sudahkah anda mencuba Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream? Jika belum, sudah tiba masanya untuk anda mengunjungi cawangan FamilyMart terpilih berdekatan anda untuk mencuba aiskrim terbaru ini.

Untuk pengetahuan anda, Nescafe sebelum ini telahpun menawarkan siri minuman Nescafe Gold kepada umum. Berbeza dengan rangkaian kopi segera biasa yang ditawarkan Nescafe, siri Gold ini merupakan barisan kopi panggang yang mempunyai rasa kopi yang kuat dan pekat kerana ia menggabungkan dua variasi biji kopi iaitu Arabica dan Robusta.

Sama seperti pilihan minuman, Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream turut hadir dengan rasa yang unik yang tidak boleh dinikmati pada mana-mana aiskrim yang lain.

Berdasarkan percubaan Tajria, aiskrim ini sesuai untuk dicuba oleh penggemar kopi. Hal ini kerana, ia menggunakan aiskrim vanila yang lembut dan berkrim pada bahagian dalam dan melengkapkannya adalah salutan Nescafe Gold yang pekat pada bahagian luar.

Baca juga: Ulasan – Sudah Cuba Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream Baharu?

Bagi anda yang berminat untuk mencuba, Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream ini ditawarkan pada harga RMRM4.90.