Setelah menamatkan ciri ganjaran McCafe Rewards pada 30 April yang lepas, kini aplikasi McD telah mula memperkenalkan sistem ganjaran yang baharu menggunakan pengumpulan mata ganjaran bagi setiap pesanan.

Melalui sistem ini, anda hanya perlu memesan mana-mana hidangan McD kegemaran anda dan kumpul mata ganjaran setelah melakukan pembayaran.

Apa yang menarik mengenai sistem ganjaran baharu ini adalah setiap kod yang ditampilkan adalah unik dan akan berubah setiap kali dimuat semula.

Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, anda akan menerima 10 mata ganjaran. Sebagai contoh, apabila anda membelanjakan RM22, sistem akan terus menambah 220 mata ganjaran secara automatik pada akaun McD yang berdaftar.

Sekiranya anda melakukan pesanan di kaunter, anda hanya perlu menunjukkan kod QR unik pada juruwang McD untuk diimbas. Sementara untuk pesanan menggunakan ciri Order & Collect pula, ganjaran akan terus ditambah ke dalam akaun tanpa perlu mengimbas kod QR.

Antara ganjaran yang ditawarkan adalah:

  • Kon Sundae – 500 pts
  • Choco Top – 500 pts
  • Coke/Sprite – 800 pts
  • McEgg – 800 pts
  • Spicy Chicken McDeluxe – 2000 pts