Sudahkah anda berkunjung ke cawangan FamilyMart berdekatan anda? Jika belum, tahukah anda bahawa FamilyMart kini sudahpun membuka sekitar 300 cawangan fizikal di seluruh negara?

Untuk pengetahuan anda, cawangan pertama FamilyMart di Malaysia dibuka di Wisma Lim Foo Yong yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 11 November 2016. Ia menjadi popular kerana ia merupakan kedai serbaneka pertama yang menjual aiskrim lembut dan makanan ringan segar.

Tidak hanya itu, FamilyMart juga turut mengembangkan penawaran pembelian makanan mereka menerusi penyediaan kiosk pintar di stesen minyak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Dengan ini, ia bukan sahaja memudahkan lagi orang ramai untuk mendapatkan makanan dan minuman yang digemari ramai, tetapi juga menyediakan alternatif lain dalam menyajikan keperluan pelanggan dengan lebih meluas.

Berdasarkan perkongsian FamilyMart, cawangan ke-300 mereka dibuka di Caltex Puncak Alam yang beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 12 pagi.

Terdapat lebih daripada 100 produk dalam rangkaian baharu ini untuk dinikmati bermula daripada snek sehingga ke makanan sejuk beku yang boleh disediakan dengan mudah di rumah atau di pejabat setiap hari. Ia termasuklah sosej jagung, roti goreng Jepun, croissant sandwic, onigiri, ramen, ais kisar, kopi dan banyak lain.

Untuk ruangan makan pula, ia juga membawakan saiz ruang yang lebih besar selain menyediakan kuantiti meja yang banyak bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati hidangan yang dibeli terus di restoran.

Bersempena pelancaran cawangan ke-300 ini juga, FamilyMart hadir dengan pelbagai promosi istimewa seperti diskaun 25% untuk aiskrim, minuman teh mutiara dan juga kopi.