Sebelum ini, Tajria telah berkongsi bahawa terdapat beberapa rangkaian KFC dan Pizza Hut telah mula menukar hidangan Pepsi kepada Coca-Cola dalam menu mereka.

Dan kini, Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd secara rasminya mengumumkan bahawa mereka mula menyajikan minuman Coca-Cola di lebih 740 kedai KFC dan lebih 440 restoran Pizza Hut di seluruh negara.

Perkara ini dilihat sebagai salah satu inisiatif daripada QSR Brands melalui KFC dan Pizza Hut dalam menghidangkan produk berkualiti tinggi secara konsisten kepada pelanggan.

Di tambah lagi dengan portfolio baharu Coca-Cola yang kini diperakui sebagai Simbol Pilihan Lebih Sihat, maka jenama ini dilihat bergerak selari dengan misi QSR Brands dalam menyokong usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia sambil menyediakan minuman yang lazat yang disukai orang ramai.

Setakat ini, hidangan Coca-Cola akan ditawarkan secara berperingkat mulai Ogos 2022 dan dijangka akan beralih sepenuhnya di semua cawangan restoran KFC dan Pizza Hut pada awal September 2022.