Hiperpigmentasi atau noda-noda hitam di kulit adalah masalah utama di kalangan individu di Malaysia. Oleh sebab itu, penjagaan kulit yang bersesuaian sudah menjadi satu keperluan untuk semua. Namun, apakah bahan yang benar-benar bersesuaian dan diperlukan dalam merawat hiperpigmentasi?
Menurut encorium jenama penjagaan kulit tempatan baharu, tokotrienol, vitamin E yang diperoleh daripada sawit merah dari Malaysia merupakan antara bahan yang berkesan dalam merawat masalah hiperpigmentasi kerana tokoferol bertindak sebagai bahan penggalak asid L-askorbik ataupun lebih dikenali sebagai vitamin C.
Bagi yang tidak mengetahui, asid L-askorbik adalah bahan yang popular dalam merawat noda-noda hitam. Ia adalah salah satu bahan yang paling banyak diselidik oleh pakar kimia kerana ia mempunyai kepekaan yang sensitif terhadap udara, air, haba dan cahaya. Ini sekaligus menyebabkan pengoksidaan yang menyebabkan kehilangan kesan dalam tempoh yang singkat.
Bagaimana Hiperpigmentasi Boleh Berlaku?
Masalah hiperpigmentasi ini biasanya terjadi disebabkan oleh faktor kulit yang terdedah pada cahaya matahari pada suhu melampau dan terlalu kerap.
Oleh sebab itu, kebanyakan pakar mengesyorkan penggunaan pelindung matahari dan rawatan kosmetik yang bersesuaian bagi melindungi kulit dan menghentikan hiperpigmentasi daripada menjadi lebih gelap.
Selari dengan itu, encorium melancarkan produk pertamanya yang dinamakan sebagai CE3 Brightening Buffet. Ia adalah serum yang dirumus dengan rapi dan diperbuat daripada pelbagai bahan aktif termasuk 18 peratus asid L-askorbik (Vitamin C), tokotrienol, tokoferol dan asid ferulik.
Dengan adanya kesemua bahan ini, ia sedikit sebanya dapat membantu dalam memerangi radikal bebas yang merosakkan kulit. Ditambah lagi dengan kehadiran antioksidan lain seperti Vitamin E dan asid Ferulik, ia juga turut membantu asid L-askorbik menjana semula kekuatannya.
Selain daripada mengurangkan hiperpigmentasi, CE3 Brightening Buffet turut boleh mengatasi masalah lain seperti dehidrasi dan garis halus kerana produk ini terkandung gliserin, asid hyaluronik dan rumpai merah dalam kadar yang mencukupi.
Baca juga: Apa Itu Hiperpigmentasi? Adakah Ia Boleh Memudar Secara Semula Jadi?