Selepas 23 tahun sejak Pantone mula mengeluarkan palet warna yang sesuai untuk setiap tahun, nampaknya untuk tahun 2023, mereka telah hadir dengan sebuah lagi warna baharu yang dikenali sebagai ‘Viva Magenta’.
Warna ‘Viva Magenta’ merupakan warna yang berasal dari kumpulan merah yang sering dikaitkan dengan nilai kekuatan. Dan oleh sebab itu, penampilan warna ini diyakini akan menampilkan sentuhan lebih berani dan tidak gentar dalam pelbagai aspek dan industri.

Selain itu, menurut Pantone, dengan menggunakan kod warna Pantone 18-1750, ‘Viva Magenta’ adalah satu warna yang simbolik yang sesuai digunakan untuk mempromosikan perayaan atau acara yang menggembirakan dan optimis sekaligus menghasilkan naratif baharu kepadanya.
Berbanding warna Pantone 2022 iaitu ungu kebiruan ‘Veri Peri’ yang lebih lembut dan moden, warna Pantone 2023 lebih memfokuskan kepada warna transformatif selain membantu kita mendapatkan perspektif baharu pada tahun hadapan.
Pemilihan Warna Viva Magenta Dalam Fesyen Harian
Dengan adanya ramalan trend untuk warna ini, ia membantu anda membuat pilihan untuk gaya dan fesyen 2023 dengan lebih mudah. Hal ini kerana, individu boleh memilih padanan warna baju, tudung dan seluar yang relevan dengan fesyen semasa.

Berikut adalah beberapa idea asas yang boleh anda praktikkan dalam pemilihan warna:
- Pilih warna yang lebih lembut dan selamat. Warna Magenta ini adalah antara warna universal. Iaboleh dipadankan dengan baik dengan warna seperti, merah jambu, kuning ai atau warna pelengkap seperti biru langit, putih, hitam dan juga kelabu.
- Selain itu, warna semula jadi seperti warna coklat muda, beige, atau warna tanah yang lain juga boleh menampilkan padanan yang lebih elegan dan minimal jika digayakan dengan Viva Magenta. Anda boleh menggayakannya sama ada sebagai warna utama atau warna pelengkap kepadanya.

Untuk penampilan yang halus dan elegan, anda selalu boleh bergantung pada pencampuran warna yang hampir sama antara satu sama lain, tetapi berbeza pada masa yang sama.
Anda juga boleh mencari idea untuk padanan baju dan hijab yang mungkin anda inginkan. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah memadankan pakaian bercorak dengan warna biasa.
Baca: Kombinasi Warna Yang Sesuai Untuk Tudung Dan Baju Anda