Selain Tealive baru-baru ini memperkenalkan menu istimewa Black & Pink, nampaknya Santan juga turut tidak ketinggalan dalam menawarkan menu baharu yang bertemakan hitam dan merah jambu iaitu Kek Gulung Raspberi Black & Pink dan Sakura Sparkling Drink.

Berdasarkan perkongsian AirAsia, penawaran menu ini adalah terhad untuk pesanan ketika penerbangan AK sahaja. Dari segi tawaran harga pula, ia dihidangkan secara ala carte dan juga kombo.

Untuk hidangan ala carte, Kek Gulung Raspberi dijual pada harga RM8, manakala minuman Sakura Sparkling pula pada harga RM6. Sementara untuk kombo, anda boleh mendapatkan kedua-dua tawaran pada harga RM12 untuk pesanan biasa dan RM14 untuk pesanan keluar India.

Selain daripada menu pencuci mulut ini, anda turut boleh memesan hidangan sempena Tahun Baharu Cina yang tersedia sehingga 31 Mac 2023 iaitu kombo Nasi Pulut bersama Ayam dan Dim Sum bersama minuman pada harga RM15 (pra tempah) atau RM17 (pembelian dalam penerbangan).