Sebelum ini, Ayam Brand telah sedia menawarkan pes kari hijau yang memudahkan anda untuk menyediakan hidangan kari kegemaran anda di rumah. Seakan sama dengan rasa kari hijau di kedai, pes kari hijau dari Ayam Brand ini hadir dengan rasa yang pedas, aromatik dan sedikit manis sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.
Selain daripada pes kari hijau, Ayam Brand turut menawarkan beberapa pilihan pes kari yang lain iaitu pes kari merah dan pes kari kuning.

Terbaru, memperluaskan lagi penawaran pes baharu di bawah rangkaian sedia masak, jenama ini hadir dengan 4 pes terbaharu dengan pek pembungkusan yang lebih mudah untuk diselia. Antara pilihan pes yang ditawarkan termasuklah Pes Asam Pedas, Pes Rendang, Pes Sambal Tumis, dan Pes Kari Ayam.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kesemua pes dari Ayam Brand ini, anda boleh mula membelinya menerusi kedai atas-talian Lazada Ayam Brand atau dapatkannya di pasaraya berdekatan anda bermula hari ini pada harga sekitar RM5 setiap pek.