Don Mi Hadir Dengan 4 Pilihan Perisa Kuah Untuk Mi Bihun – Memfokuskan Rasa Kegemaran Rakyat Malaysia

July 4, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Sewaktu di acara FDM 2023 yang berlangsung di MITEC baru-baru ini, Don Mi, jenama mi bihun tempatan yang dikendalikan oleh Vermi Industries Sdn Bhd telah memperlihatkan penawaran 4 pilihan perisa untuk mi bihun segera mereka iaitu Tom Yam, Chicken Soto, Curry Laksa dan juga Mee Siam.

Jika sebelum ini, kebanyakan jenama mi segera tempatan lebih banyak memfokuskan kepada penggunaan mi kenyal yang berwarna kuning. Namun, untuk Vermi Industries, mereka memfokuskan kepada pengguna mi beras halus yang dipadankan dengan kuah yang mengetengahkan citarasa tempatan.

Untuk Don Mi Tom Yam, ia hadir dengan rasa masam dan pedas sup tomyam yang mana kemudiannya dipadankan dengan mi bihun beras istimewa dari Vermi Industries. Anda juga boleh mencuba Don Mi Kari Laksa untuk rasa yang lebih diperkaya.

Manakala untuk anda yang menggemari rasa yang lebih ringan, Don Mi Soto Ayam pula menampilkan kuah ayam yang digabungkan dengan bahan rempah dan herba aromatik untuk memberikan rasa yang lebih lazat.

Sementara untuk Don Mi Mee Siam pula, satu-satunya hidangan kering dan bergoreng dari Vermi Industries. Tanpa perlu melalui proses yang panjang, Mee Siam anda boleh tersedia hanya dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd