
Saya mohon anda percaya dengan cerita ini. Plotnya bak merepek. Tetapi anda boleh membaca cerpen yang mengejek-ejek pemahaman anda dengan sekrup-krap kerepek. Makan dan bunyilah : KRUP! KRAP! :
Dia berada di hadapan skrin komputer – menekan punat – mata berkedip – dipanah cahaya –
Cahaya itu mengeja sesuatu di matanya – dia tahu ini sebuah arahan – “BERHENTI! DIA
TIDAK AKAN SESEKALI MENGENDAHKANMU!”.
Bagaimana Encik A. (mahu) – menoktahkan madah dendamnya – rakan hipokrit merampas
Kekasihnya – seolah-olah badut dalam upacara teaterikal – props murahan – Fikir Encik A
hanya ditugaskan – menyakiti hati perempuan – meninggalkan trauma – perempuan mencari
lain sebagai pengubat hatinya. Encik A, tidak melayan ARAHAN – dia tahu akalnya lebih
dalam daripada komputer – merungut seolah hamba abdi yang marah – dikerah melakukan kerja.
Gelas pecah dalam percintaan – mahu mengarang mikrofiksyen – persis Md. Fariq Khir. –
meletakkan nama pena M. Emir – menyeringai arus konvensional – melanggar hukum cerpen
Seperti kawannya yang melanggar perjanjian untuk tidak hipokrit .
Dia ingat yang dialah satu-satunya lelaki yang tidak pernah merasai ada teman wanita.
Dia ingat yang dialah satu-satunya lelaki yang cepat percayakan kata-kata orang hidup
berbanding impiannya sendiri. Dia ingat yang dialah satu-satunya lelaki yang ingin menjadi
penulis buku yang mahu mencuba sebagai satu proses eskapisme. Dia ingat yang dialah satu-
satunya lelaki yang diletakkan banner wajahnya di pusat sumber sekolah dengan biodata
yang poyo serta skema – majukan bangsa – eskapisme – luahan perasaan – ungkapkan kesedihan
Menulislah dari hati ke hati – AAAARRRRRGGHHHHHHHH JANGAN INGATKAN KISAH SILAM DIA.
Sambil menekan punat /S/ – memorinya kembali masuk ke dalam tubuhnya sendiri –
“ADAKAH KAMU MASIH INGAT BAGAIMANAKAH KAMU DIHUMBAN KE
PENJARA : PENJARA YANG DIDIRIKAN BERSEMPENA DENGAN TUBUH
KAMU SENDIRI!!!! – KISAH LELAKI BACOT ITU JANGAN SESEKALI KAMU
LUPA KARANG DI ATAS NARATIF INI!”
Fragmen Memori
“ Aku suka perempuan – Namanya F – Dia menolak aku –agama tidak
Membenarkan couple – aku terima kenyataan – seorang rakan bernama R. Menasihati –
Untuk aku tabah – “tak semua perempuan suka kita” – muka R seperti mamat Korea –
Encik A tahu – taraf berbeza – R. dengan diam merampas crushnya – Kini dia adalah lelaki
Yang berjalan antara dua penyesalan.”
Memori separa konvensional
Memori adalah penjara. Penjara ketat. Encik A. lupa yang umur yang meningkat adalah penjara paling ketat. Dia percaya. Makin tua. Makin banyak. Makin banyak masalah. Dari kanak dia dilahirkan dengan tiada masalah. Tidak fikir perempuan. Tahu gelak sahaja. Bodoh. Kini dia remaja. Dia fikir pasal kekasih. Jadi inilah yang dikatakan penjara paling ketat (adalah) umur yang meningkat.
Memori konvensional
A.Terfikir tentang kehidupannya yang diibaratkan menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus. Kehidupannya hanya gah pada nama tetapi tidak ada apa-apa pada hakikatnya. A. terkenal dengan jurusnya yang intelektual seolah Sun Tzu adalah lagu kepada telinganya. Kacang. Bijak. Pandai berperang dengan fizikalnya yang sasa. Tetapi Encik A. lemah pada spiritualnya. Encik A. selalu sahaja gagal mengawal emosi dalam setiap karya kreatifnya diakibatkan ditinggal oleh perempuan yang dicintainya yang memilih untuk bertukar tawa dengan rakan baik. Berbagai-bagai bentuk luka di dada encik A. Fikir Encik A, dia telah ditikam rakannya sendiri menggunakan pisau otak. Kucing bawa tidur, rimau bawa igau,Dia mundur dan tidak berjaya menghalau galau.
[beberapa purnama kemudian]
Realisme magis
- Suatu hari F. menjadi kertas. F. melayang. F. terbang ke tingkap. F. mengetuk pintu. F. adalah kertas yang pandai meniup bunyi seakan ketukan. F. masuk. F. meminta Encik A. menulis ketidakpuashatiannya. F. disumpah. F. diseranah oleh R. F. menceritakan segala-galanya dengan bahasa asing. “F. nak tubuh F. semula,” kata F. Encik A. kesian. Encik A. juga marah. Encik A. berbaur. Encik A. berbelah bahagi. Encik A. dan Encik A. membuat keputusan untuk tidak menjadi Encik A. ENCIK A MENJADI KUCING PARSI YANG DENGAR CAKAP TUANNYA. Encik A jawab : Saya tak marah awak, mungkin awak khilaf. F. menangis tetapi tidak keluar air mata kerana dia kertas. “Kalau awak maafkan saya, awak tulis sesuatu di tubuh saya, kalau awak marah…”. F tersekat. Encik A, tanya : “Kalau marah???” F, jawab : “ Kalau marah awak boleh koyak sahaja tubuh saya dan memori awak terhadap saya akan terkoyak bersama kertas ini. Maaf, saya telah disumpah untuk menjadi jujur, jika tidak saya akan terbakar.”. Encik A mengangguk sambil menganjing : “o. patutla.” F. berang : “awak maafkan saya? ke tak? Cepat, saya nak jadi manusia.” Encik A terketawa terbahak-bahak seolah dia dendam. “Awak ingat saya main-main?!” F. bertambah berang. Encik A. cakap “ Awak, saya akan maafkan awak, tetapi awak jangan jadi F.” “Apa maksud awak???” F. bertanya. “Saya akan tulis saya maafkan awak di belakang tubuh awak tetapi awak jangan –” F menjawab : “Saya faham. Cepat.” Encik A menjawab : “ kurang ajar ya? Nak saya koyak?” kelu. “ Yaaaa…saya salah. Saya minta maaf sangat-sangat pada awak sebab ikut R. Awak je yang boleh tolong saya sekarang.” A. menjadi kucing. A. tulis sesuatu di tubuh F.
- F. menjadi manusia.
- F. berterima kasih.
- F. akan menjadi F.
- “Jangan jadi F.” – Encik A.
- Jadi, F. terhutang budi dengan tidak lagi menunjuk mukanya pada encik A.