Carian
Ini Senarai Bil Dan Perkhidmatan Yang Boleh Dibayar Di 99 Speedmart
August 25, 2023 Lina Rosli

99 Speedmart adalah salah satu kedai serbaneka yang popular di Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan pelbagai snek dan minuman yang menarik, tetapi juga menawarkan segala keperluan rumah anda merangkumi makanan basah, makanan tin, barangan penjagaan diri dan banyak lagi.

Bercerita mengenai 99 Speedmart lagi, sejak dahulu kedai serbaneka ini telahpun membenarkan para pelanggan untuk melakukan bayaran bil utiliti dan servis perkhidmatan yang dilanggan menerusi servis Speedpoint.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi senarai bil dan perkhidmatan yang boleh anda bayar di 99 Speedmart berdekatan anda.

Bayaran Bil

Anda boleh melakukan pembayaran bil seperti:

  • Indah Water
  • Razer Cash
  • Red One
  • Celcom
  • Astro
  • U Mobile
  • TIME
  • Telekom Malaysia (TM)
  • Tenaga Nasional
  • Sarawak Energy
  • Syarikat Air Terengganu (SATU)
  • Lembaga Air Sarawak
  • Air Kelantan Sdn. Bhd.
  • Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)
  • Syarikat Air Darul Aman (SADA)
  • Lembaga Air Perak
  • Syarikat Air Selangor (Syabas)
  • Syarikat Air Johor (Ranhill SAJ)
  • Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains)

Tambah Nilai Kredit

Anda boleh melakukan tambah nilai kredit untuk:

  • YES
  • Grab Driver
  • U Mobile
  • Digi
  • Celcom Xpax
  • Hotlink
  • ONEXOX
  • Touch ‘n Go
  • Tune Talk
  • Smart Selangor (aplikasi CEpat)

Bayaran Untuk Platform Atas-Talian

Selain bayaran bil dan tambah nilai, anda kini juga boleh melakukan pembayaran secara dalam-talian untuk beberapa platform digital:

  • Bingkas
  • Selangkah Wallet
  • Alipay
  • Boost
  • GrabPay
  • Maybank QRPay
  • Touch ‘n Go eWallet
  • WeChat Pay

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula melakukan pembayaran perkhidmatan ini bermula hari ini di rangkaian di kedai fizikal berdekatan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat penghantaran bungkusan drop-off dan pickup jika anda memilih penghantaran Pigeon.

Anda juga boleh melakukan pembayaran bil dan perkhidmatan lain di 7-Eleven.

Komen