Lina Rosli Diterbitkan 17 September 2021

Ini Senarai Bil Dan Perkhidmatan Yang Boleh Dibayar Di 7-Eleven

7-Eleven adalah salah satu kedai serbaneka yang popular di Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan pelbagai snek dan minuman yang menarik, malah terdapat juga rangkaian 7-Eleven yang membenarkan anda untuk membeli produk makanan laut dan bermacam-macam lagi.

Bercerita mengenai 7-Eleven lagi, sejak dahulu kedai serbaneka ini telahpun membenarkan para pelanggan untuk melakukan bayaran bil utiliti dan servis perkhidmatan yang dilanggan.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi senarai bil dan perkhidmatan yang boleh anda bayar di 7-Eleven berdekatan anda.

Selain di 7-Eleven, anda juga boleh melakukan pembayaran bil dan caj perkhidmatan di 99 Speedmart.

Baca juga: Ini Senarai Bil Dan Perkhidmatan Yang Boleh Dibayar Di Rangkaian Fizikal myNEWS

Bayaran Bil

Anda boleh melakukan pembayaran bil seperti, Astro, Unifi, Time, Yes, U Mobile, Redone, Singer, Celcom, SAJ, Tenaga Nasional (TNB), SESB, SATU, Indah Water, SAMB, SADA, Lembaga Air Perak dan banyak lagi.

Tambah Nilai Kredit

Anda boleh melakukan pembayaran bil seperti, U Mobile, Digi, Celcom Xpax, Hotlink, Redone, Prabayar Njoi, Altel, ONEXOX, Touch ‘n Go, Tune Talk, Google Play dan Razer Gold.

Bayaran Untuk Platform Atas-Talian

Selain bayaran bil dan tambah nilai, anda kini juga boleh melakukan pembayaran secara dalam-talian untuk beberapa platform edagang termasuk:

  • Shopee
  • Lazada
  • Hermo
  • Agoda
  • Traveloka
  • Tabung Pendidikan

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula melakukan pembayaran perkhidmatan ini bermula hari ini di rangkaian di kedai fizikal berdekatan.

Bukan itu sahaja, jangan lupa untuk mendaftar di aplikasi My7E dan tebus ganjaran RM3 untuk transaksi pertama. Jadi, jangan ketinggalan dalam menikmati tawaran menarik di 7-Eleven.