Carian
Bedak Asas Mana Lebih Sesuai Untuk Kulit Anda – Krim, Cecair Atau Serbuk Bedak?
October 23, 2023 Lina Rosli

Mendapatkan bedak asas yang bersesuaian boleh menjadi satu perkara yang sukar bagi segelintir wanita. Ini kerana setiap kulit mempunyai keperluan yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan juga keadaan kulit.

Bagi anda yang masih mencari-cari jenis bedak asas yang baharu untuk ditambah ke dalam senarai pembelian, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tips pemilihan bedak asas sebelum anda meneruskan pembayaran bagi produk di dalam bakul pembelian anda.

Ketahui Perbezaan Bedak Asas Di Pasaran – Krim, Cecair Dan Serbuk

Secara umumnya di kebanyakan butik atau farmasi kecantikan di pasaran menampilkan variasi pilihan bedak asas. Ini termasuk bedak asas jenis krim, cecair dan juga serbuk.

Untuk mengetahui sama ada, manakah bedak asas yang sesuai untuk kulit anda, berikut adalah beberapa pencerahan tentang bedak asas yang boleh anda pilih.

Baca – Bagaimana Cara Untuk Membeli Bedak Asas Secara Atas-Talian?

Apa Itu Bedak Asas Jenis Krim?

Bedak asas jenis krim diperbuat daripada formula yang sama ada berasaskan lilin atau minyak dan dicampur dengan pigmen tona kulit untuk memberikan perlindungan kepada kulit anda.

Jenis krim ini seakan pepejal tetapi lebih mudah lentur yang mana ia boleh dipaketkan dalam dalam bentuk pek padat seperti bedak kusyen ataupun dalam bentuk botol.

Selain itu, bedak asas jenis krim kebiasaannya mengandungi emolien yang membantu menghidratkan kulit. Dari segi penggunaannya, bedas asas jenis krim mempunyai tekstur yang lembut dan sesuai untuk anda yang menginginkan solekan yang meninggalkan kemasan satin-ke-dewy.

Bukan itu sahaja, jika dibandingkan dengan bedak asas jenis cecair, kadar perlindungan bedas asas jenis krim adalah lebih baik dan mempunyai pigmen yang lebih jitu. Ini sekaligus sesuai untuk anda yang ingin solekan yang tahan lebih lama.

Contoh bedak asas jenis krim yang boleh anda cuba adalah Huda Beauty #FauxFilter Skin Finish Buildable Coverage Foundation Stick

Apa Itu Bedak Asas Jenis Cecair?

Bedak asas jenis cecair adalah campuran berasaskan air bagi emolien dan pigmen. Kerana kebanyakan formula cecair mengandungi air yang berfungsi dalam memberikan penghidratan kepada kulit.

Sekiranya anda mencari bedak asas yang memberikan hasil solekan yang tampak lebih semula jadi, bedak asas jenis cecair dikatakan merupakan pilihan yang kelihatan paling semula jadi berbanding dengan bedak dan krim. Ini sekaligus menjadikannya pilihan yang sesuai untuk anda mencipta trend solekan ‘No Makeup’ pada kulit anda.

Antara cadangan bedas asas jenis cecair yang baik termasuklah M.A.C. Cosmetics Studio Radiance Face and Body Sheer Foundation, NARS Light Reflecting Foundation atau Fenty Beauty oleh Rihanna Pro Filt’r Soft Matte Longwear Liquid Foundation.

Apa Itu Bedak Asas Jenis Serbuk Atau Bedak?

Bedak asas jenis serbuk atau bedak ini diperbuat daripada pigmen, pengikat dan emolien lain yang diadun dan ditekan menjadi serbuk. Sesuai untuk solekan jenis matte yang menawarkan sifat mengawal minyak.

Untuk jenis serbuk ini juga, sekiranya anda ingin liputan yang lebih maksima, anda juga boleh menggunakan bedak asas sebagai bedak tetapan di atas formula krim atau cecair.

Untuk mendapatkan rupa matte itu, cuba sesuatu seperti Estée Lauder Double Wear Stay-in-Place Matte Refillable Powder Foundation atau BareMinerals Original Loose Powder Mineral Foundation SPF 15.

Ketahui Kekurangan Penggunaan Bedak Asas – Mengikut Jenis Dan Kategori

Setiap produk pasti akan ada kekurangan yang tidak boleh dielakkan. Jadinya, anda perlu pertimbangkan kekurangan ini juga sebelum anda mendapatkan bedas asas yang bersesuaian:

  1. Bedak asas krim cenderung lebih mudah untuk menyebabkan pori dan liang dalam kulit menjadi tersumbat. Ini sekaligus kulit lebih terdedah kepada jerawat.
  2. Sementara kelemahan bedak asas jenis cecair adalah liputan yang minimum. Walaupun ia sesuai untuk kebanyakan jenis kulit, tapi pengguna akan cenderung menggunakan bedas asas jenis cecair ini lebih banyak kerana tempoh ketahanannya yang pendek.
  3. Bedak asas jenis serbuk pula tidak mengandungi sebarang air dan tidak mempunyai sifat pelembab. Jadinya, untuk anda yang mempunyai kulit kering, ia lebih cenderung untuk menyebabkan solekan kelihatan lebih patchy dan merekah kerana tiada kehidratan pada kulit yang boleh mengunci solekan.
Komen