Coffee By Tealive Perbaharui Tawaran Kopi – Kini Menggunakan Biji Kopi Dari Indonesia, Guatemala Dan Mexico
Lina Rosli
Pada Ogos 2022 yang lepas, Tealive telah memperkenalkan satu sub-jenama di bawah jenama Tealive yang akan memfokuskan kepada penawaran variasi pilihan kopi iaitu Coffee By Tealive.
Di bawah jenama ini, terdapat pelbagai barisan kopi yang boleh dinikmati oleh para penggemar Tealive. Ini termasuk minuman kopi klasik dan juga kopi dengan tambahan sirap menarik.
Baru-baru ini, berdasarkan perkongsian di laman Facebook mereka, Tealive kini mula menampilkan penambahbaikan dalam hidangan kopi mereka yang mana mereka mula menggunakan biji kopi baharu.

Menurut Tealive, biji kopi ini 100% Arabica yang diperoleh dari 3 lokasi berbeza iaitu Indonesia, Guatemala Dan Mexico. Dengan penggunaannya, penggemar kopi di Tealive boleh menikmati hidangan kopi yang lebih kuat dan lazat.
Sekiranya anda ingin mencubanya, kunjungi ke rangkaian Coffee By Tealive berdekatan anda. Antara menu yang popular dalam kalangan penggemar termasuklah Signature Coffee, Latte, dan juga Caramel Macchiato.