Carian
‘Peach Fuzz’ Adalah Warna Pantone Untuk Tahun 2024
December 11, 2023 Lina Rosli

Tinggal lagi beberapa sahaja hari lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2023. Dan apabila hujung tahun tiba, pasti ramai akan tertunggu-tunggu warna apakah yang bakal menjadi penyeri untuk tahun yang seterusnya.

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun, Pantone akan mengeluarkan palet warna yang sesuai untuk digunakan oleh setiap pemain industri, nampaknya untuk tahun 2024, mereka telah hadir dengan sebuah lagi warna baharu yang dikenali sebagai ‘Peach Fuzz’.

Secara umumnya, Peach Fuzz merupakan rona oren yang kelihatan hampir seperti warna serbet. Warna ini menampilkan hasil yang manis dan lembut – mempunyai perbezaan yang besar daripada warna tahun lepas, Viva Magenta, merah yang berani dan dramatik.

Selain itu, menurut Pantone, dengan menggunakan kod warna Pantone 13-1023, ‘Peach Fuzz’ adalah satu warna yang simbolik yang sesuai digunakan untuk membawa rasa kelembutan dan menyampaikan mesej keprihatinan dan perkongsian kepada komuniti dan membentuk kerjasama.

Berbanding warna Pantone 2023 iaitu merah jambu yang gelap ‘Viva Magenta’ yang lebih berani dan moden, warna Pantone 2024 lebih memfokuskan kepada warna yang memupuk empati dan belas kasihan selain menggambarkan masa depan yang lebih damai.

Warna Peach Fuzz ini juga memberikan kehangatan dan keselesaan untuk kira menyerlahkan keinginan kami untuk kebersamaan dengan orang lain. Oleh itu PANTONE 13-1023 Peach Fuzz mempersembahkan pendekatan baharu kepada keceriaan baharu.

Warna-Warna Yang Harmoni Untuk Digandingkan Bersama Peach Fuzz

Dengan adanya ramalan trend untuk warna ini, ia membantu anda membuat pilihan untuk gaya dan fesyen 2024 dengan lebih mudah. Hal ini kerana, individu boleh memilih padanan warna baju, tudung dan seluar yang relevan dengan fesyen semasa.

Berikut adalah beberapa idea asas yang boleh anda praktikkan dalam pemilihan warna:

  • Lengkapkan Peach Fuzz dengan warna semula jadi seperti warna aprikot atau warna tanah yang lain bagi menampilkan padanan yang lebih elegan dan minimal. Anda boleh menggayakannya sama ada sebagai warna utama atau warna pelengkap kepadanya.
  • Untuk tampak lebih variasi, anda juga boleh padankan Peach Fuzz dengan warna yang bertentangan tetapi masih lagi lembut seperti warna hijau, merah jambu, grapemist, kuning gelap dan lain-lain.

Untuk penampilan yang halus dan elegan, anda selalu boleh bergantung pada pencampuran warna yang hampir sama antara satu sama lain, tetapi berbeza pada masa yang sama.

Anda juga boleh mencari idea untuk padanan baju dan hijab yang mungkin anda inginkan. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah memadankan pakaian bercorak dengan warna biasa. 

Baca: Kombinasi Warna Yang Sesuai Untuk Tudung Dan Baju Anda

Komen