Adakah Kafein Membuatkan Batuk Anda Menjadi Lebih Teruk?

December 22, 2023
Gaya Hidup

Lina Rosli

Secara umumnya, kafein bukanlah pencetus kepada keadaan batuk yang lebih teruk. Akan tetapi terdapat beberapa keadaan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kafein.

Keadaan yang dimaksudkan ini merangkumi:

  • Jumlah kafein yang diambil
  • Keadaan perubatan semasa
  • Alahan

Bagi sesetengah individu, pengambilan kafein boleh mencetuskan batuk atau memburukkan lagi batuk. Jika anda selalu mengalami batuk selepas mengambil kafein, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kafein dan mendapatkan nasihat dari pakar untuk tindakan selanjutnya.

Untuk pengetahuan anda, kafein mempunyai kecenderungan dalam membuatkan mulut dan tekak anda menjadi kering. Disebabkan itu, pakar menyarankan untuk tidak mengambil kopi sebagai penghilang rasa dahaga sebaliknya menggalakkan pengambilan air mineral biasa yang mencukupi untuk badan.

Selain itu, terdapat juga faktor yang mana mengambil terlalu banyak kopi atau kafein sebenarnya boleh menjana asid gastrik dan melemahkan sphincter esofagus. Ia kemudiannya mengakibatkan refluks gastroesophageal, kesukaran bernafas, batuk dan lendir berlebihan.

Atas sebab-sebab ini, individu yang tidak sihat tidak digalakkan untuk tidak minum kopi terlalu banyak. Orang dewasa dalam keadaan kesihatan normal hanya perlu mengambil kurang daripada 400 mg kafein sehari, yang bersamaan dengan empat cawan kopi.

Sementara wanita hamil atau menyusu tidak boleh mengambil lebih daripada 200 mg kafein sehari. Manakala, remaja pula hanya perlu mengambil sehingga 100 mg kafein sehari.

Bukan kopi sahaja, terdapat beberapa lagi minuman lain yang turut mengandungi kafein – seperti teh, coklat dan juga minuman berkarbonat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd