Carian
Contoh Pakaian Smart Casual Yang Boleh Gayakan
January 11, 2024 Lina Rosli

Setiap kali menerima jemputan untuk menghadiri sesuatu majlis, pernahkah anda perasan akan terma ‘Smart Casual‘ yang ditetapkan sebagai tema untuk sesuatu jemputan?

Jika ya, adakah anda berasa keliru tentang baju apa yang patut digayakan bagi menepati ciri kod pakaian smart casual?

Bagi menjawab kepada persoalan ini, Tajria akan berkongsikan contoh-contoh gaya smart casual yang boleh anda praktikkan untuk setiap acara atau majlis yang menetapkannya sebagai tema.

Apakah yang dimaksudkan dengan smart casual?

Secara umumnya, smart casual ditakrifkan sebagai pakaian yang kelihatan profesional dan kemas – sesuai untuk pelbagai situasi sama ada untuk hadir ke mesyuarat ataupun untuk berjumpa di kafe mahupun hanya ketika duduk di pejabat sahaja.

Untuk pengetahuan anda, pakaian jenis smart casual adalah variasi dan tiada had yang menidakkannya sebagai smart casual.

Kod pakaian smart casual ini sebenarnya boleh berbeza-beza bergantung pada tempat kerja, syarikat dan industri.

Ramai individu turut menjelaskan pakaian smart casual sebagai kod pakaian yang menitikberatkan nilai profesionalisma tetapi dengan penambahan gaya yang sedikit santai – iaitu pakaian yang lebih kasual dipadankan dengan potongan yang lebih formal.

Pakaian atau jenis fesyen smart casual biasanya kelihatan tidak begitu berbeza dengan pakaian korporat tradisional. Yang membezakannya adalah mungkin dari segi pemilihan warna serta corak dan juga kombinasinya bersama fabrik yang lebih santai.

Bagaimana cara untuk menggayakan pakaian smart casual?

Dibawah adalah contoh gaya smart casual yang boleh anda jadikan inspirasi:

  • Pakaian luar atau bahagian atas tubuh:
    • Blaus dan baju bercetak neutral atau berwarna-warni atau bercetak.
    • Kardigan dalam fabrik bergaya seperti krep knit.
    • Baju sutera berbutang atau baju berkolar.
    • Blazer yang disesuaikan dengan baik, dipakai sebagai pakaian berasingan dan bukannya sebagai sut padanan – cara terbaik untuk menyerlahkan penampilan.
  • Seluar atau pakaian bahagian bawah tubuh:
    • Seluar gaya kaki tirus, lurus atau lebar.
    • Seluar denim gelap
    • Skirt midi atau skirt pensel yang bergaya – paras lutut atau bawah
    • Seluar palazo lebar dengan pilihan warna tona semula jadi
  • Baju atau pakaian dalam:
    • kameja-t berwarna
    • kemeja-t dengan corak yang minimal – belang ataupun tipografi minimalis
  • Kasut:
    • Loafers atau brogues
    • Kasut bertumit seperti sling-back, tumit blok atau but chelsea
  • Aksesori:
    • Barang kemas yang lebih berani untuk menambah sentuhan peribadi
    • Terhad kepada satu atau dua utas gelang atau cincin.
    • Tudung kain sutera juga menambah hasil fesyen yang menarik untuk digayakan sebagai pakaian smart casual

Selain itu, harus diingatkan bahawa baju kurung dan juga baju melayu sebenarnya tidak dikategorikan sebagai pakaian formal mahupun smart casual. Anda masih lagi memerlukan blazer atau pakaian lain untuk menjadikannya sebagai pakaian semi formal atau smart casual.

Komen