Carian
Kedai Kopi Mat Coffee Kini Menawarkan Aiskrim Pada Harga Serendah RM1.90
January 19, 2024 Lina Rosli

Selepas pelancaran kedai kopi pertama Pat Mat Western, Mat Coffee pada November 2022 telah memperluaskan penawaran mereka menerusi pengenalan kedai kopi minimalis menerusi jenama Mat Coffee.

Dan kini, selain kopi para pengunjung juga turut boleh mendapatkan aiskrim kon dan juga aiskrim cawan pada harga bermula RM1.90 sahaja.

Baca juga: Pak Mat Western Buka Kedai Kopi Di Pulau Pinang – Mat Coffee Menawarkan Kopi Pada Harga Serendah RM5

Seperti kebanyakan kedai aiskrim lain, para pengunjung boleh mendapatkan toppings bagi aiskrim yang dipesan mengikut bahan yang digemari seperti biskut biscoff, buah-buahan, sos coklat dan banyak lagi.

Bagi yang mengenai untuk berkunjung ke Mat Coffee ini, setakat ini kedai kopi Mat Coffee ini dibuka di Bukit Minyak, Pulau Pinang. Dan yang menarik, mereka menawarkan hidangan kopi premium pada harga mampu milik – serendah RM5 untuk secawan kopi Hazelnut Latte.

Komen