Carian
Kopi Sparkling? Apa Yang Anda Perlu Tahu?
January 23, 2024 Lina Rosli

Tidak dinafikan, dengan kemeriahan industri kopi yang sedia ada tidak hanya di Malaysia dan luar negara, terdapat banyak inovasi produk telahpun diperkenalkan. Ia merangkum pelbagi kategori produk kopi – ini termasuk kategori minuman seperti minuman sejuk, minuman sejuk nitro, tonik espreso dan banyak lagi.

Dan salah satu inovasi produk minuman kopi yang mendapat perhatian umum adalah Kopi Sparkling atau Sparkling Coffee.

Apa itu Kopi Sparkling?

Secara umumnya, Kopi Sparkling dirujuk sebagai soda kopi. Ia merupakan satu lagi cara baharu untuk menikmati kopi sejuk, dan ia semakin popular di kalangan pengguna.

Dan terbaharu, antara jenama tempatan yang sudah mula memperluaskan penawaran produk mereka dan telah menambah Kopi Sparkling di dalam menu adalah ZUS Coffee.

Baca juga: ZUS Coffee Memperkenalkan Kopi Sparkling Halal Yang Dikenali Sebagai COFFIZZ

Untuk kopi ini, ia menggabungkan rasa segar air sparkling bersama-sama dengan ekstrak kopi. Ini sekaligus menghasilkan kepelbagaian rasa menjadikan kopi sparkling sebagai kategori minuman dengan siling tinggi untuk percubaan.

Sebelum Muncul Kopi Sparkling, Wujudnya Gassosa Al Caffè

Walaupun industri kopi khusus telah lama hadir dengan idea Kopi Sparkling ini, secara komersialnya, produk kopi dengan soda ini tidak benar-benar dilancarkan sehingga 2016.

Dan apa yang menarik, tahukah anda bahawa sebelum Kopi Sparkling ini muncul, ada satu jenis hidangan kopi unik telahpun diperkenalkan iaitu Gassosa Al Caffè. Minuman ini telah dicipta di Calabria, Itali beberapa dekad yang lalu.

Gassosa Al Caffè ini merupakan antara yang terawal diperkenalkan dan kini terdapat beberapa jenama soda kopi Itali menawarkannya di pasaran.

Berdasarkan perkongsian dapatan juga, kategori minuman kopi berkarbonat ini dijangka akan meningkat pada masa hadapan- angka itu berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 13% sehingga 2028.

Peningkatan angka permintaan ini mungkin akan bergerak selari dengan pendedahan individu ke atas manfaat minuman ini – yang dikatakan lebih baik berbanding dengan minuman tenaga bergula dan minuman soda lain.

Untuk mendapatkan gabungan kopi dengan sparkling yang halal, antara cara mudah yang boleh anda lagkukan adalah dengan memadankan minuman kopi bersama soda Coca-Cola ataupun Pepsi.

Komen