Carian
Bufet Ramadan 2024 Di Park Inn By Radisson Putrajaya Boleh Dinikmati Pada Harga Bawah RM110 Sekepala
February 20, 2024 Lina Rosli

Tiba sahaja bulan Ramadhan setiap tahun, restoran dan hotel pastinya tidak akan ketinggalan menawarkan set atau bufet Ramadhan untuk sajian berbuka puasa.

Jika anda diberi pilihan untuk pergi menikmati hidangan bufet, masakan jenis apa yang menjadi pilihan anda? Adakah masakan tempatan, masakan barat, masakan asia, atau masakan timur tengah?

Hal ini kerana, sekiranya anda meminati variasi pilihan makanan daripada seluruh dunia, maka Park Inn By Radisson Putrajaya adalah pilihan yang menarik untuk anda cuba sewaktu bulan Ramadan tahun ini.

Apakah Yang Ditawarkan Oleh Park Inn By Radisson Putrajaya?

Di Park Inn By Radisson Putrajaya, mereka memperkenalkan tawaran Warna Warni Warisan Buffet Dinner yang menampilkan lebih daripada 100 pilihan juadah – ditawarkan bermula 12 Mac hingga 8 April 2024 pada setiap hari jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Antara menu istimewa yang ditawarkan adalah:

  • Juadah pembuka selera: Tempe Belado, Tanghoon Jawa, Acar Rampai
  • Juadah kegemaran rakyat Malaysia: Nasi Mandy Kambing, Tenggiri Goreng Berempah, Roti Canai, Murtabak Ayam, Kambing Golek, Sambal Udang Petai, Pucuk Ubi Masak Lemak
  • Juadah pemanis mulut: Pastri Perancis, Kuih-Muih Tradisional Melayu, Bubur kacang, buah-buahan, pudding dan aiskrim

Lain-lain juadah yang boleh anda dapatkan termasuklah:

  • Juadah pilihan antarabangsa: Thai Beef Salad, Prawn Cocktail Salad, Bakso Daging
  • Stesen untuk sup dan bubur: Sup Daging Berempah, sup cendawan, bubur lambuk
  • Stesen memasak secara langsung: Mi Kari, Mihun Sup Utara, Pizza, Shawarma Ayam, Sate dan Roti John

Bagaimana Dengan Fasiliti Yang Disediakan Oleh Park Inn By Radisson Putrajaya Kepada Pengunjung Ketika Ramadan?

Untuk anda yang berkunjung ke Park Inn By Radisson Putrajaya dan menempah Warna Warni Warisan Buffet Dinner, berikut adalah beberapa fasiliti yang ditawarkan:

  • Surau
  • Parkir valet di hadapan lobi utama
  • Tempat letak kereta yang luas dan berpalang
  • Bilik VIP (ruang makan privasi)
  • Dan ruang makan untuk saiz kumpulan yang lebih besar

Selain daripada itu, di sepanjang waktu berbuka puasa kelak, Park Inn By Radisson Putrajaya turut menampilkan kumpulan muzik yang akan bermain muzik secara langsung. Dengan ini, ia dapat meningkatkan pengalaman menjamu selera anda dan mewujudkan suasana yang menggembirakan.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi program Cabutan Bertuah Mingguan. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah baucar penginapan untuk menginap di Park Inn by Radisson Putrajaya.

Berapakah Harga Warna Warni Warisan Buffet Dinner?

Sekiranya anda melakukan tempahan meja sebelum 1 Mac 2024 (promosi hari ini hingga 29 Februari 2024), anda berpeluang mendapatkan harga promosi untuk Warna-Warni Warisan Buffet Dinner iaitu pada harga RM70+ seorang.

Manakala jika anda melakukan tempahan selepas tarikh itu iaitu 12 Mac hingga 8 April 2024, harga sekepala untuk bufet ini adalah RM108+ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan meja, sila hubungi nombor +6010 211 4681 / +603 8911 1999 atau WhatsApp Park Inn By Radisson Putrajaya menggunakan pautan ini.

Sekiranya anda mempunyai cadangan bufet Ramadan menarik yang lain di seluruh Malaysia, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria. Anda hanya perlu pergi ke halaman utama Tajria dan klik ‘Tulis’.

Komen