Khusus untuk penduduk di Bukit Jalil ataupun yang tinggal di sekitar, kini anda boleh menikmati juadah berbuka puasa mewah di Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil.
Merupakan tahun pertama mengadakan sajian berbuka puasa kepada orang ramai sepanjang Ramadan tahun 2024 ini, Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil hadir dengan variasi pilihan makanan yang menepati citarasa penduduk tempatan selain turut menampilkan menu eksklusif dari Chef Hyatt Place iaitu Siakap Sayap dan juga Full Moon Hor Fun.


Apakah Yang Ditawarkan Oleh Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil?
Di Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil, anda boleh menikmati pelbagai pilihan juadah berbuka puasa yang ditawarkan bermula 14 Mac hingga 5 April 2024 pada setiap hari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Antara menu istimewa yang ditawarkan di Sajian Senja di Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil termasuklah:
- Juadah pembuka selera: ABC dan kuih-kuih tradisional tempatan,
- Juadah kegemaran rakyat Malaysia: Nasi Briyani Kambing, Kurma Kambing, lauk-lauk tempatan seperti daging masak kunyit, sotong goreng kicap, kupang kung pao, udang mentega, ikan goreng Thai, ayam masak merah, ayam bakar perchik dan banyak lagi.


Lain-lain juadah yang boleh anda dapatkan termasuklah:
- Juadah pilihan Chef: Siakap Sayap (Gulai siakap bahagian sayap) dan Full Moon Hor Fun (Char Kuey Tiaw dengan telur bulan purnama), Dim Sum
- Stesen masakan tradisional: Sate, ketupat palas, lemang, rendang daging, serunding daging dan ayam
- Stesen salad, jeruk dan kerabu: Pelbagai jenis sambal dan ulam-ulaman


Bagaimana Dengan Fasiliti Yang Disediakan Oleh Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil Kepada Pengunjung Ketika Ramadan?
Untuk anda yang berkunjung ke Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil dan menempah Sajian Senja, berikut adalah beberapa fasiliti yang ditawarkan:
- Surau
- Tandas
- Parkir valet
- Tempat letak kereta yang luas dan berpalang
- Ruang makan untuk saiz kumpulan yang lebih besar
Selain daripada itu, di sepanjang waktu berbuka puasa kelak, Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil turut menampilkan kumpulan muzik yang akan bermain muzik secara langsung. Dengan ini, ia dapat meningkatkan pengalaman menjamu selera anda dan mewujudkan suasana yang menggembirakan.

Berapakah Harga Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil?
Sekiranya anda melakukan tempahan meja sebelum 6 Mac 2024, anda berpeluang mendapatkan harga promosi untuk Sajian Senja Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil pada harga RM137+ seorang.
Manakala jika anda melakukan tempahan selepas tarikh itu iaitu 7 Mac hingga 5 April 2024, harga sekepala untuk bufet ini adalah RM167+ untuk dewasa dan RM97+ untuk kanak-kanak.
Untuk promosi lain, jika anda terlepas peluang menikmati harga pelanggan awal, anda juga sebenarnya turut boleh mendapatkan promosi beli 10 slot tetapi hanya bayar untuk 8 orang sahaja – promosi ini tertakluk untuk setiap dewasa yang membayar di harga biasa.
Selain itu, bagi anda bercadang untuk menganjurkan makan-makan berkumpulan, anda juga boleh menempah bilik mesyuarat peribadi Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil yang boleh memuatkan 30 orang atau lebih.

Untuk tempahan meja, sila hubungi nombor +603-97649888 atau WhatsApp di talian +6012-8328863 bermula hari ini.
Sekiranya anda mempunyai cadangan bufet Ramadan menarik yang lain di seluruh Malaysia, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria. Anda hanya perlu pergi ke halaman utama Tajria dan klik ‘Tulis’.