Carian
Tahukah Anda Warna Lada Benggala Ditentukan Mengikut Tahap Kematangan?
July 24, 2024 Lina Rosli

Lada benggala atau lebih dikenali sebagai bell pepper adalah sayuran yang sangat popular dalam masakan di seluruh dunia.

Seperti kebanyakan lada lain juga, lada benggala datang dalam pelbagai warna yang menarik seperti hijau, kuning, oren, dan merah. Tetapi, tahukah anda bahawa warna-warna ini sebenarnya ditentukan oleh tahap kematangan lada benggala tersebut?

#1 Lada Hijau

Lada benggala hijau adalah yang paling muda dan belum matang sepenuhnya. Mereka biasanya dipetik pada tahap awal pematangan.

Jika dibandingkan dengan lada benggala warna yang lain, lada hijau mempunyai rasa yang sedikit pahit dan tekstur yang lebih keras berbanding dengan lada yang lebih matang.

#2 Lada Kuning dan Oren

Apabila lada benggala hijau terus matang di pokok, mereka akan berubah warna menjadi kuning atau oren.

Lada pada tahap ini lebih manis berbanding lada hijau dan mempunyai tekstur yang lebih lembut. Mereka juga mengandungi lebih banyak vitamin C dan karotenoid berbanding dengan lada hijau.

#3 Lada Merah

Lada benggala merah adalah yang paling matang di antara semua. Mereka mempunyai rasa yang paling manis dan kandungan nutrisi yang paling tinggi, termasuk vitamin A dan C. Proses pematangan yang lebih lama menjadikan lada merah lebih mahal berbanding dengan lada yang kurang matang.

Lada Benggala Juga Mempunyai Jantina – Untuk Menentukan Tahap Pedas

Untuk mengenali jantinanya, Tajria akan berkongsi tips kepada anda cara mengetahui jenis dan jantinan lada benggala yang sesuai untuk digunakan di dalam hidangan.

Pertama, pusingkan lada benggala yang anda pilih dan lihat bahagian bawah lada. Jika bahagian bawah lada terdapat 3 lekuk atau bumps ia adalah jenis lelaki yang mana ia lebih baik digunakan di dalam hidangan yang perlu dimasak seperti panggang, bakar dan lain-lain.

Sementara jika 4 lekuk pula lada tersebut berjantina perempuan yang mana ia lebih banyak biji selain manis dan sesuai untuk dimakan mentah.

Menarik bukan? Oleh itu, bagi anda yang menggemari lada benggala yang manis, anda perlu memilih bahagian bawah dengan 4 lekuk dan pilih warna kuning atau merah. Namun, anda masih boleh memilih kesemua warna jika anda inginkan hidangan nampak lebih menyelerakan. Selamat mencuba!

Komen