Carian
5 Puncak Tertinggi Di Malaysia – Merangkumi Bangunan Hingga Ke Puncak Semula Jadi
July 26, 2024 Lina Rosli

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantai dan kepelbagaian budaya, tetapi juga dengan gunung-ganangnya yang menjulang tinggi – dan kini turut dikenali sebagai negara yang mempunyai banyak bangunan pencakar langit.

Dari utara ke selatan, terdapat beberapa puncak yang tidak hanya menuntut ketahanan fizikal, tetapi juga memberikan ganjaran pemandangan yang memukau dari puncaknya. Mari kita terokai 5 puncak tertinggi di Malaysia yang pasti akan membuatkan anda kagum dengan ketinggian dan keindahannya.

#1 Merdeka 118 – Puncak Seni Bina Moden

Menjadi antara pencakar langit paling baharu di Malaysia, Merdeka 118 menampilkan bangunan tinggi yang mempunyai 118 tingkat berketinggian 678.9 meter – menjadikannya bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Dinamakan sempena Kemerdekaan Malaysia, puncak Menara Merdeka 118 mencapai ketinggian 700.9 meter di atas paras laut telah mengukuhkan kedudukannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

Bagi anda yang ingin melawat Menara Merdeka 118, ia terletak berhampiran dengan Stadium Merdeka. Di sana, anda boleh melawat dek pemerhatian untuk menyaksikan latar langit bandar metropolitan yang indah ini apabila ia dibuka kelak pada hujung tahun ini.

#2 Menara Taming Sari – Puncak Panorama

Menara Taming Sari merupakan mercu tanda ikonik di Melaka dengan berketinggian 110 meter dan menampilkan pemandangan panoramik 360 darjah di sekitar bandar bersejarah tersebut.

Untuk pengetahuan anda, “puncak” ini terletak di sekitar tapak Warisan Dunia UNESCO, Kubu A Famosa, Bukit St. Paul dan Jalan Jonker yang meriah.

Dinamakan sempena keris legenda Taming Sari, senjata mitos milik pahlawan Melayu Hang Tuah, ini boleh memuatkan sehingga 80 orang untuk menyaksikan pemandangan indah bandar raya Melaka dan kawasan sekitarnya.

#3 Bukit Bendera, Pulau Pinang – Puncak Bersejarah

Di utara Malaysia, Bukit Bendera (Penang Hill) terkenal dengan keindahan semula jadi dan juga warisan sejarahnya. Ia adalah sebahagian daripada Rizab Biosfera Bukit Bendara yang diiktiraf UNESCO dan merupakan penyenaraian ketiga Malaysia di dalam Rangkaian Rizab Biosfera Dunia.

Dijadikan sebagai pusat peranginan sejak akhir abad ke-18, Bukit Bendera juga mempunyai laluan kereta api funikular yang menuju ke puncaknya. Perkhidmatan kereta api ini telah dibuka pada tahun 1924 pada asalnya dan telah dibaik pulih pada tahun 2010.

Baru-baru ini, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bahawa lokasi ini akan ditambah baik sekali lagi. Di dalam pelan perancangan mereka, kerja-kerja naik taraf ini akan melibatkan peningkatan infrastruktur, memperbaiki ketersambungan dan akses ke Bukit Bendera, di samping merawat semula keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian biodiversiti di Bukit Bendera.

#4 Gunung Ledang – Puncak Kisah Cinta Teragung

Di Johor, Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Gunung Ophir tersergam indah di Taman Negara Gunung Ledang.

Dengan ketinggian 1,276 meter, ia merupakan puncak tertinggi di negeri tersebut yang kaya dengan khazanah alam semula jadi serta mengisahkan kisah dongeng yang mempersonakan. Gunung ini terkenal dengan Legenda Gunung Ledang yang mengisahkan seorang puteri mistik yang menetapkan syarat-syarat mustahil bagi menerima pinangan Sultan Melaka.

Gunung ini terus menarik kunjungan para pelancong yang tidak sabar untuk menerokai denai ke puncaknya dan juga kisah mistiknya. Gunung Ledang juga telah menjadi inspirasi kepada filem-filem, antaranya “Puteri Gunung Ledang”, lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir.

#5 Gunung Kinabalu – Keajaiban Puncak Alam Semula Jadi

Di Borneo, ketinggian Gunung Kinabalu yang mencapai 4,095 meter, menjadikannya puncak tertinggi di Malaysia dan puncak pulau ketiga tertinggi di dunia. Ia terletak di Taman Kinabalu, tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan biodiversitinya.

Gunung Kinabalu menjadi habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna, termasuk bunga Rafflesia dan burung enggang yang jarang ditemui. Dengan adanya 5,000 hingga 6,000 spesies tumbuhan, 326 spesies burung, dan lebih 100 spesies mamalia, ia merupakan salah satu tapak biologi yang paling penting di dunia.

Bagi mereka yang gemarkan pengembaraan, pendakian ke puncak Gunung Kinabalu merupakan satu cabaran fizikal serta suatu penikmatan keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan. 

Meraikan Malaysia

Sempena ketibaan Hari Merdeka pada 31 Ogos, Agoda mengesyorkan para pelancong tempatan sert antarabangsa untuk membawa pengalaman percutian mereka ke “puncak” tertinggi. Merangkumi Menara Merdeka 118, Gunung Ledang, Bukit Bendera Pulau Pinang, Gunung Kinabalu dan Menara Taming Sari –  setiap puncak ikonik ini melambangkan aspek unik warisan dan kegemilangan Malaysia, serta menawarkan pengalaman percutian yang tiada seumpamanya.

Selain daripada lebih 4.5 juta tempat penginapan, platform Agoda juga menawarkan lebih daripada 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti liburan, yang semuanya boleh digabungkan dalam satu tempahan yang sama.

Dengan adanya pelbagai jenis tawaran ini, Agoda merupakan sebuah platform pelancongan dalam talian yang paling ideal untuk mencari dan mendapatkan pakej percutian bernilai hebat dengan mudah bagi cuti Merdeka yang bakal menjelang nanti.

Komen