IKEA Malaysia Memperkenalkan Bebola Daging Dengan Resipi Baharu – Lebih Lembut, Lebih Enak Dan Harga Kekal Sama
Lina Rosli
IKEA Malaysia melancarkan bebola daging yang baharu dengan resipi yang telah ditambahbaik. Mulai 10 Februari 2025, pelanggan boleh menikmati bebola daging ini dan rasakan sendiri perbezaannya di Restoran ala Sweden IKEA di seluruh negara.
Untuk pengetahuan anda, bebola daging IKEA telah sekian lama menjadi kegemaran rakyat Malaysia, disebabkan rasanya yang enak serta harganya yang berpatutan. Pada tahun 2024 sahaja, lebih 24.5 juta bebola daging IKEA telah dijual di seluruh Malaysia – bukti popularitinya yang tidak pudar serta tempat istimewanya di hati pelanggan IKEA.

Resipi baharu ini menawarkan rasa yang diperbaik dengan tekstur lebih kaya – dan masih ditawarkan pada harga berpatutan yang sama.
- 8 biji Bebola Daging Lembu dengan Kentang Lecek & Brokoli – RM12
- 12 biji Bebola Daging Lembu dengan Kentang Lecek & Brokoli – RM15.50
- 16 biji Bebola Daging Lembu dengan Kentang Lecek & Brokoli – RM17.90

Bagi meraikan pelancaran bebola daging baharu ini, IKEA Malaysia menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan. Dengan setiap pembelian hidangan 16 biji bebola daging, pelanggan akan menerima baucar RM5 yang boleh ditebus dengan pembelian minimum RM10 bagi sebarang barangan kelengkapan rumah di IKEA.
Bagi yang berminat, tawaran baucar ini tersedia sehingga 23 Februari 2025.
Baca juga: Bermula Sebagai Gedung Perabot – Mengapa IKEA Mula Menjual Bebola Daging?